RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA BEBAS ADUAN DAN SALAH LAKU POLIS 2005 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Rang Undang-undang No. xxxxxxx Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis 2005 Tarikh Persetujuan Diraja Tarikh Diterbitkan dalam Warta Tarikh Mula Berkuat Kuasa: SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN FASAL 1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran BAHAGIAN II PENUBUHAN SURUHANJAYA 3. Penubuhan Suruhanjaya 4. Keanggotaan Suruhanjaya 5. Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Pesuruhjaya BAHAGIAN III PENTADBIRAN 6. Setiausaha 7. Penasihat Undang-Undang 8. Kakitangan Suruhanjaya 9. Penggajian Perunding 10. Penggunaan kakitangan, kemudahan atau personel polis tertentu 11. Perwakilan oleh Suruhanjaya BAHAGIAN IV FUNGSI DAN KUASA-KUASA SURUHANJAYA 12. Fungsi utama Suruhanjaya 13. Fungsi-fungsi lain Suruhanjaya 14. Skop salah laku polis 15. Penilaian, pendapat dan tindakan 16. Kategori aduan 17. Kerjasama dengan agensi lain 18. Keterangan dan prosedur 19. Pasukan Petugas 20. Kuasa-kuasa sampingan BAHAGIAN V PENYIASATAN DAN PENGGELEDAHAN 21. Siasatan secara am 22. Siasatan permulaan 23. Kuasa untuk mendapatkan maklumat 24. Kuasa untuk mendapatkan dokumen atau benda lain 25. Peguambela dan peguamcara hendaklah mendedahkan maklumat 26. Obligasi di sisi undang-undang untuk memberi maklumat 27. Mengaitkan diri sendiri dengan perbuatan jenayah 28. Kuasa untuk memasuki premis awam 29. Injunksi 30. Kuasa-kuasa boleh dijalankan sama ada atau tidak pembicaraan sedang dilangsungkan BAHAGIAN VI PERBICARAAN DAN KUASA-KUASA MENYIASAT 31. Perbicaraan 32. Perbicaraan terbuka dan tertutup 33. Hak orang yang terjejas untuk hadir 34. Perwakilan undang-undang 35. Kumpulan dan pertubuhan tidak diperbadankan 36. Pemeriksaan dan pemeriksaan balas saksi 37. Kuasa memanggil saksi dan mengambil keterangan 38. Penangkapan saksi 39. Pelepasan saksi dengan syarat 40. Semakan semula oleh Mahkamah Tinggi 41. Perlindungan berkaitan dengan jawapan, dokumen dan lain-lain 42. Akuan saksi berhubung dengan bantahan 43. Pembayaran balik perbelanjaan saksi 44. Kehadiran banduan di hadapan Suruhanjaya BAHAGIAN VII KUASA TATATERTIB 45. Pertuduhan tatatertib dan hukuman BAHAGIAN VIII WARAN GELEDAH, PERLINDUNGAN DAN KERAHSIAAN 46. Pengeluaran waran geledah 47. Kuasa yang diberi melalui waran geledah 48. Halangan terhadap orang yang sedang melaksanakan waran geledah 49. Kuasa untuk memintas sekat komunikasi 50. Perlindungan saksi dan orang yang membantu Suruhanjaya 51. Sekatan terhadap penyiaran keterangan 52. Penyiaran keterangan yang diberi dalam pembicaraan tertutup 53. Pendedahan siasatan yang menjejaskan siasatan 54. Kekebalan dan aku janji 55. Kerahsiaan 56. Peruntukan tentang kerahsiaan dalam Akta lain BAHAGIAN IX PERUNTUKAN BERKAITAN DENGAN KETUA POLIS NEGARA 57. Keputusan Suruhanjaya untuk menyiasat aduan 58. Penamatan siasatan polis 59. Suruhanjaya tidak dikehendaki untuk mendedahkan apa-apa perkara 60. Rujukan perkara kepada Ketua Polis Negara 61. Laporan kepada Suruhanjaya 62. Tindakan lanjut oleh Suruhanjaya 63. Tanggungjawab Pasukan Polis 64. Pembatalan rujukan, syor dan lain-lain BAHAGIAN X PERUNTUKAN BERKAITAN DENGAN PIHAK BERKUASA, PENDAKWA RAYA, BADAN PENCEGAH RASUAH DAN KETUA AUDIT NEGARA 65. Rujukan perkara kepada Pihak Berkuasa 66. Rujukan perkara kepada Pendakwa Raya 67. Laporan kepada Suruhanjaya 68. Tindakan lanjutan oleh Suruhanjaya 69. Peranan Pihak Berkuasa dan Pendakwa Raya 70. Mengatur hubungan antara Suruhanjaya dan BPR 71. Peranan lain BPR tidak terjejas 72. Hubungan dengan Ketua Audit Negara BAHAGIAN XI LAPORAN OLEH SURUHANJAYA 73. Laporan tentang siasatan 74. Kandungan laporan kepada Parlimen 75. Laporan Khas 76. Laporan Tahunan 77. Laporan berkaitan dengan pihak berkuasa 78. Peruntukan berkaitan dengan laporan BAHAGIAN XII KESALAHAN 79. Melakukan halangan terhadap Suruhanjaya 80. Perbicaraan terbuka dan tertutup 81. Kegagalan untuk hadir dan lain-lain 82. Keterangan yang palsu dan yang mengelirukan 83. Kesalahan berkaitan dengan dokumen atau benda lain 84. Mendapatkan testimoni palsu daripada saksi 85. Memberi sogokan kepada saksi 86. Melakukan fraud terhadap saksi 87. Menghalang saksi daripada menghadiri dan mengancam saksi 88. Mendatangkan kecederaan kepada saksi atau kepada orang yang membantu Suruhanjaya 89. Memecat saksi, atau orang yang membantu Suruhanjaya, oleh majikan 90. Menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya 91. Memberi sogokan kepada pegawai Suruhanjaya 92. Penghinaan 93. Hukuman kerana melakukan penghinaan 94. Cara menangani penghinaan BAHAGIAN XIII PERUNTUKAN AM DAN PERALIHAN 95. Fungsi Suruhanjaya apabila membabitkan seseorang pegawai atau pekerja sesebuah badan awam atau pihak berkuasa berkanun 96. Aduan oleh pegawai atau pekerja sesebuah badan awam atau pihak berkuasa berkanun 97. Perlindungan daripada liabiliti 98. Penjampaian dokumen 99. Penalti bagi kesalahan yang dilakukan oleh perbadanan 100. Prosiding bagi kesalahan 101. Penjalanan fungsi oleh anggota Pasukan Polis 102. Peraturan 103. Kesinambungan dengan Suruhanjaya Diraja Polis 104. Rekod Suruhanjaya Diraja Polis JADUAL Jadual Pertama Peruntukan berkaitan dengan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya. Jadual Kedua Fungsi Pesuruhjaya Bertajuk RANG UNDANG-UNDANG Suatu Akta untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis, yang fungsi utamanya adalah untuk menerima dan menyiasat aduan terhadap Polis Diraja Malaysia, untuk mengesan, menyiasat dan mencegah rasuah polis dan salah laku lain polis yang serius, untuk menyatakan kuasa dan fungsi Suruhanjaya sedemikian bagi menambahbaik integriti polis, mengurangkan salah laku dan membina keyakinan orang awam dan untuk memastikan wujud penyemakan berjaga-jaga di Malaysia terhadap Polis Diraja Malaysia dan untuk memperuntukkan perkara-perkara yang berkaitan atau yang bersampingan dengannya. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: BAHAGIAN J PERMULAAN Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Rang, Undang.undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) 2005. (2) Akta ini terpakai di seluruh Malaysia. (3) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, Tafsiran 2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain - "peguambela dan peguamcara" ertinya seorang peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya atau Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, yang diterima masuk dan didaftarkan di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 [Akta 166], Ordinan Peguambela (Sabah Bab 2), dan Ordinan Peguambela Sarawak 1953 (Sarawak Bab 110), sebelum berkuat kuasanya Akta ini; "BPR" ertinya Badan Pencegah Rasuah yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Pencegahan Rasuah 1997 [Akta 575]; "Pegawai BPR" termasuk Ketua Pengarah dan mana-mana pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 4(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997 [Akta 575]; "Akta Pencegahan Rasuah" ertinya Akta Pencegahan Rasuah 1997; "badan korporat" merujuk kepada syarikat-syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1960 [Akta 125] dan apa-apa perniagaan yang didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197]; "Suruhanjaya atau IPCMC" ertinya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis yang dibentuk oleh Akta ini; "Pesuruhjaya atau Pesuruhjaya IPCMC" ertinya Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Pesuruhjaya yang lain, yang dilantik di bawah seksyen 4 untuk Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis, melainkan jika disebut sebaliknya dengan nyata dalam peruntukan Akta; "Pihak Berkuasa Tatatertib" ertinya pihak berkuasa yang dibentuk di bawah Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan; "kesalahan tatatertib" termasuk apa-apa salah laku, luar aturan, pengabaian kewajipan, pelanggaran tatatertib atau perkara lain yang membentuk atau boleh membentuk alasan untuk meWi jarkan tindakan tatatertib diambil di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang; "menjalankan sesuatu fungsi" termasuklah melaksanakan sesuatu tugas; "faksimile" ertinya penghantaran faksimile dan termasuk penghantaran sesuatu dokumen menerusi Internet atau melalui dengan cara lain menggunakan elektronik; "bekas pegawai polis" ertinya seseorang yang pada masa ini bukan seorang pegawai polis, tetapi pernah menjadi seorang anggota Pasukan di bawah Akta Polis 1967 [Akta 344]; "Pasukan" ertinya Pasukan Polis Diraja Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Polis 1967; "fungsi" termasuklah kuasa, autoriti dan kewajipan; "perbicaraan" ertinya suatu perbicaraan di bawah Akta ini; "siasat" termasuk periksa; "siasatan" ertinya suatu siasatan di bawah Akta ini dan (tanpa batasan) termasuklah suatu siasatan awal yang dirujuk dalam seksyen 22; "Menteri" ertinya Menteri atau Menteri-menteri yang pada masa ini dipertanggungjawabkan dengan perkara atau perkara-perkara yang berkaitan dengannya di mana perkataan "Menteri" dirujuk; "pegawai Suruhanjaya" ertinya seorang pesuruhjaya, atau mana-mana anggota kakitangan Suruhanjaya; "Akta Polis" ertinya Akta Polis 1967; "aduan polis" ertinya apa-apa aduan terhadap pasukan atau terhadap manamana pegawai polis, yang diterima oleh Suruhanjaya daripada mana-mana sumber; "salah laku polis" ertinya apa-apa perbuatan salah laku seperti yang dinyatakan dalam S8ksyen 14; "pegawai polis" ertinya mana-mana anggota Pasukan yang ditubuhkan di bawah Akta Polis; "premis" termasuk mana-mana struktur, bangunan, pesawat, kenderaan, vesel atau tempat {sama ada dibina atau tidak), atau mana-mana bahagiannya; "badan awam" termasuk Kerajaan Malaysia; Kerajaan sesebuah negeri; dan pihak berkuasa tempatan dan mana-mana pihak berkuasa berkanun yangdain; mana-mana jabatan, perkhidmatan atau perusahaan Kerajaan Malaysia, Kerajaan sesebuah Negeri, atau sesebuah pihak berkuasa tempatan; mana-mana syarikat yang terhadapnya badan awam seperti yang dirujuk di dalam ini mempunyai kawalan; atau apa-apa pertubuhan; kesatuan; organisasi atau badan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang diterbitkan dalam Warta; "perkhidmatan awam Malaysia" ertinya perkhidmatan awam sebagaimana yang ditetapkan dalam Bahagian X Perlembagaan Persekutuan; 'Suruhanjaya Diraja Polis" ertinya Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang ditubuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 4 Februari 2004; "waran geledah" ertinya suatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta ini; "kakitangan Suruhanjaya" ertinya orang yang dirujuk dalam seksyen 8 Akta ini; "pihak berkuasa berkanun" ertinya mana-mana pihak berkuasa, sama ada terdiri daripada seorang atau kumpulan orang, yang dibentuk melalui undang-undang Persekutuan atau Negeri dan menjalankan kuasa, menjalankan kewajipan atau melaksanakan fungsi yang diberi kepada pihak berkuasa itu oleh manamana undang-undang Persekutuan atau Negeri; dan "pasukan petugas" termasuk suatu kumpulan orang yang dibentuk untuk tujuan yang diperuntukkan di bawah Akta ini. BAHAGIAN II PENUBUHAN SURUHANJAYA Penubuhan Suruhanjaya 3. (1) Maka dengan ini ditubuhkan sebuah suruhanjaya dengan nama "Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)". (2) Suruhanjaya hendaklah mempunyai penggantian berkekalan dan mempunyai suatu mohor rasmi. (3) Suruhanjaya boleh mendakwa dan boleh didakwa atas namanya. (4) Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Suruhanjaya boleh, berdasarkan terma tertentu yang difikirkannya perlu - (a) memeterai kontrak; (b) memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan tak alih dalam apa-apa bentuk; dan (c) memindah hak, menyerah hak, menyerahkan, memperoleh hasil, menggadaikan, menggadai janji, menyewa, menyerah semula hak, memindah milik atau selainnya melupuskan,atau berurusan dengan, apa-apa harta alih atau tak alih atau mana-mana kepentingan di dalamnya yang terletak hak pada Suruhanjaya. Keanggotaan Suruhanjaya. 4. (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik tidak lebih daripada, tujuh (7) orang Pesuruhjaya, dan daripada mereka hendaklah dilantik seorang Pengerusi dan dua Timbalan Pengerusi untuk suatu tempoh tertentu dan berdasarkan terma dan syarat tertentu sebagaimana yang ditentukan di dalam surat cara pelantikan itu. (2) Seseorang itu tidak boleh dilantik sebagai Pesuruhjaya jika beliau memegang atau pernah memegang jawatan sebagai pegawai polis. (3) Sesuatu pelantikan yang bertentangan dengan subseksyen (2) tidak boleh berkuat kuasa. Pengerusi, Timbalan PengerusI dan Pesuruhjaya 5. (1) Pengerusi, Timbalan-timbalan Pengerusi dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Suruhanjaya hendaklah memegang jawatan mengikut terma pelantikannya. (2) Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Pengerusi, Timbalan-timbalan Pengerusi dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya. BAHAGIAN III PENTADBIRAN Setiausaha 6. (1) Suruhanjaya hendaklah mempunya; seorang Setiausaha yang hendaklah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya. (2) Tertakluk kepada subseksyen (3) dan (4), Setiausaha hendaklah dilantik oleh Suruhanjaya dengan kelulusan Perdana Menteri. (3) Setiausaha tersebut hendaklah dilantik berdasarkan terma dan syarat tertentu dan hendaklah mempunyai fungsi sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya dengan kelulusan Perdana Menteri. (4) Pelantikan seseorang sebagai Setiausaha Suruhanjaya hendaklah dibuat oleh Perdana Menteri berdasarkan terma dan syarat tertentu sebagaimana yang ditentukan oleh Perdana Menteri. Penasihat Undang-undang 7. (1) Suruhanjaya hendaklah melantik seorang Ketua Penasihat Undang-undang untuk membantu Suruhanjaya dalam melaksanakan fungsi-fungsinya di bawah Akta. (2) Hendaklah ada seberapa ramai Penasihat Undang-undang sebagaimana yang perlu dan bolehlah dipinjam daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang atau dilantik daripada kalangan peguambela dan peguamcara untuk diambil berkhidmat oleh Suruhanjaya. (3) Saraan, elaun dan gratuiti yang kena dibayar kepada Ketua Penasihat Undang-undang atau seseoranq Penasihat Undang-undang yang diambil berkhidmat daripada kalangan peguambela dan )eguamcara itu hendaklah ditentukan oleh Suruhanjaya. Kakitangan Suruhanjaya 8. (1) Kakitangan Suruhanjaya hendaklah, terdiri daripada - (a) anggota perkhidmatan awam Malaysia yang dipinjamkan sementara kepada Suruhanjaya atau mereka yang telah memilih untuk digaji secara kekal oieh Suruhanjaya; dan (b) mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya untuk menggajinya bagi membantu Suruhanjaya, dan yang hendaklah digaji berdasarkan terma dan syarat tertentu sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya, (2) Kakitangan Suruhanjaya hendaklah termasuk jumlah tertentu penyiasat sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya untuk membantu Suruhanjaya menjalankan fungsi-fungsinya dengan berkesan dan cekap. Penggajian perunding 9. Suruhanjaya boleh menggaji orang, termasuklah pegawai polis yang telah bersara atau bekas pegawai polis, sebagai perunding kepada Suruhanjaya atau bagi melaksanakan perkhidmatan untuknya. Penggunaan kakitangan, kemudahan atau personel polis tertentu 10. (1) Suruhanjaya boleh mengatur untuk menggunakan perkhidmatan - (a) mana-mana kakitangan atau kemudahan sesebuah jabatan kerajaan atau sesebuah badan tempatan atau awam atau pihak berkuasa berkanun; atau (b) mana-mana pegawai polis; supaya terbabit dalam kerja pasukan petugas yang Suruhanjaya terbabit di dalamnya atau menjalankan atau membabitkan diri dalam siasatan untuk atau bagi pihak atau di bawah arahan Suruhanjaya. (2) Hendaklah menjadi kewajipan jabatan kerajaan atau badan tempatan atau awam atau pihak berkuasa berkanun atau pegawai polis yang dirujuk dalam subseksyen(1) itu untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya. Perwakilan oleh Suruhanjaya 11. (1) Suruhanjaya boleh mewakilkan kepada seseorang pegawai atau pegawai-pegawai Suruhanjaya mana-mana fungsi~ya~ melainkan kuasa perwakilan ini. (2) Seseorang pegawai Suruhanjaya boleh mengsubwakilkan kepada mana-mana pegawai lain Suruhanjaya apa-apa fungsi yang diwakilkan kepada beliau tertakluk kepada apa-apa syarat perwakilan itu. BAHAGIAN IV FUNGSI DAN KUASA-KUASA SURUHANJAYA Fungsi Utama Suruhanjaya 12. (1) Fungsi utama Suruhanjaya adalah: (a) untuk menerima aduan yang dibuat oleh orang awam terhadap Pasukan dan untuk menyiasat aduan-aduan ini dan khususnya untuk mengesan, menyiasat dan mencegah rasuah polis dan salah laku serius yang lain; (b) Untuk merumus dan menyusun mekanisme bagi pengesanan, siasatan dan pencegahan salah laku polis yang serius dan salah laku yang lain; (c) unLuk melindungi kepentingan awam dengan mencegah dan menangani salah laku polis; dan (d) untuk menyediakan pengauditan dan pemantauan aspek khusus perjalanan dan prosedur Pasukan Polis. (2) Sebagai tambahan kepada fungsi-fungsi yang dinyatakan dalam subseksyen (1), Suruhanjaya mempunyai fungsi yang diberi atau dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah peruntukan-peruntukan lain Akta ini atau oleh atau di bawah atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain. (3) Fungsi Suruhanjaya boleh dijalankan oleh mana-mana Pesuruhjaya, melainkan jika diperuntukkan sebaliknya. (4) Apa-apa perbuatan, perkara atau benda yang dilakukan atas nama, atau bagi pihak, Suruhanjaya oleh Pesuruhjaya, atau dengan kuasa Pesuruhjaya, adalah dikira telah dijalankan oleh Suruhanjaya. (5) Rujukan dalam Akta in, kepada suatu perbicaraan di hadapan Suruhanjaya atau apa-apa perkara yang dilakukan atau ditinggalkan noleh, kepada atau berhubung dengan, Suruhanjaya termasuklah surat rujukan kepada suatu perbicaraan di hadapan, atau suatu perkara yang dilakukan atau ditinggalkan oleh, kepada atau berhubung dengan Pesuruhjaya atau pegawai lain Suruhanjaya yang mempunyai kuasa dalam keadaan itu. Fungsi-fungsi lain Suruhanjaya 13. (1) Oalam membina kupayaannya untuk menggalakkan dan menambah baik integriti polis dan untuk menangani salah laku dan sebagai pelanjutan kepada perlindungdn dan penggalakan kepentingan awam dalam mengurangkan dan mencegah rasuah rolis dan salah laku polis yang serius yang lain, kuasa-kuasa dan fungsi-fungsi Suruhanjaya hendaklah - (a) untuk menggalakkan kesedaran tentang dan menyediakan pendidikan untuk meningkatkan integriti dan menentang rasuah dan bentuk salah laku yang lain; (b) untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumus perundangan dan arahan-arahan pentadbiran dan prosidur dan mengesyorkan langkahlangkah yang perlu diambil; dan (c) seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2 Akta ini. (2) Bagi tujuan melaksanakan fungsi-fungsinya. Suruhanjaya boleh menjalankan mana-mana atau semua kuasa yang berikut: (a) untuk menggalakkan kesedaran tentang integriti dan etika polis dan untuk menjalankan penyelidikan dengan menjalankan program, seminar dan bengkel dan untuk menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan sedemikian; (b) untuk menasihati Kerajaan dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan tentang aduan terhadap pihak berkuasa sedemikian dan mengesyorkan kepada Kerajaan dan/atau pihak berkuasa sedemikian tentang langkah-langkah wajar yang perlu diambil; (c) untuk mengkaji dan menentusahkan sebarang pelanggaran prosedur, rasuah dan salah laku polis mengikut peruntukan Akta ini; (d) untuk melawat balai polis dan lokap mengikut prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang berkaitan dengan tempat tahanan dan untuk membuat syor-syor yang perlu; dan (e) untuk mengusahakan apa-apa aktiviti lain yang sesuai sebagaimana yang perlu mengikut undang-undang bertulis yang berkuat kuasa, jika ada, yang berhubung dengan aktiviti-aktiviti sedemikian. (3) Lawatan oleh Suruhanjaya ke mana-mana tempat tahanan di bawah perenggan (2)(d) tidak boleh ditolak oleh orang yang menjaga tempat tahanan sedemikian jika prosedur yang diperuntukkan di dalam undang-undang yang mengawal selia tempat tahanan sedemikian telah dipatuhi: Skop salah laku polis 14. (1) Skop salah laku polis yang dicakup oleh Akta ini hendaklah termasuk salah laku dengan cara bertindak atau tidak bertindak atau dakwaan bertindak atau tidak bertindaknya seseorang pegewai polis yang disyaki terbabit dalam tetapi tidak terbatas kepada - (a) rasuah polis dan apa-apa perlakuan rasuah termasuk perlakuan yang membentuk kesalahan-kesalahan meminta, menerima, menawarkan dan memberi suapan atau sogokan dalam batas makna Akta Pencegahan Rasuah; (b) melakukan kesalahan jenayah; (c) kegagalan mematuhi kaedah dan prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang dan oleh Ketua Polis Negara; (d) apa-apa perkara lain yang tentangnya suatu aduan boleh dibuat di bawah Akta Polis. (2) Salah laku seseorang pegawai polis boleh disiasat oleh Suruhanjaya - (a) sama ada atau tidak ia turut membabitkan peserta yang bukan pegawal polis; (b) sama ada atau tidak ia berlaku ketika pegawai polis itu sedang bertugas secara rasmi; (e) sama ada atau tidak ia berlaku di dalam atau di luar Malaysia; atau (d) sama ada atau tidak ia berlaku sebelum berkuat kuasanya Akta ini. (3) Salah laku seseorang pegawai polis boleh ditangani, atau terus-menerus ditangani, di bawah Akta ini meskipun mana-mana pegawai polis yang terbabit itu telah berhenti daripada menjawat jawatan seorang pegawai polis. Sejajar dengan itu, rujukan dalam Akta ini kepada seorang pegawai polis diperluaskan, jika wajar, untuk memasukkan seorang bekas pegawai polis. (4) Rujukan dalam peruntukan Akta ini kepada "salah laku polis yang serius" dan "salah laku lain" adalah dihasratkan untuk panduan am dan tidak dihasratkan untuk menandakan suatu perbandingan yang tepat antara kedua-dua konsep itu. Penaksiran, pendapat dan tindakan 15. (1) Jika kelihatan kepada Suruhanjaya bahawa apa-apa perbuatan atau ketinggalan oleh Pasukan atau perlakuan seseorang pegawai polis yang tentangnya atau terhadaplya sesuatu aduan itu dibuat kepada Suruhanjaya dan ia terletak di bawah mana-mana kategori di bawah Seksyen 16, Suruhanjaya boleh tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menjadikan perlakuan itu tertakluk kepada suatu siasatan di bawah Akta ini. (2) Dalam membuat keputusan sama ada untuk menjadikan perlakuan itu tertakluk kepada suatu siasatan, Suruhanjaya boleh mengambil kira - (a) perkara-perkara tertentu sebagaimana yang difikirkannya patut, dan (b) sama ada, pada pendapatnya (i) aduan berkenaan adalah remeh, menyusahkan atau tidak dibuat dengan suci hati; (ii) perkara pokok aduan itu remeh-temeh; (iii) perlakuan yang diadukan itu berlaku pada suatu masa yang sudah lama berlalu yang menjadikannya tidak wajar untuk siasatan dijalankan; (iv) berhubung dengan perlakuan yang diadukan itu yang pengadu kini atau dahulu mempunyai cara alternatif dan yang memuaskan untuk menanganinya; atau (v) pengadu tidak ada kepentingan atau tidak ada kepentingan yang memadai dalam perlakuan yang diadukan itu. (3) Dalam membuat keputusan sama ada untuk memulakan atau menghentikan sesuatu siasatan tentang salah laku polis, Suruhanjaya hendaklah mengambil kira kepentingan awam. Kategori aduan 16. (1) Kategori perlakuan yang aduan itu boleh menjadi perkara yang boleh disiasat oleh Suruhanjaya jika pada pendapat Suruhanjaya, perlakuan sedemikian adalah- (a) bertentangan dengan undang-undang; (b) tidak munasabah, tidak adil, bersifat menindas atau mendiskriminasi secara yang tidak wajar; (c) mengikut mana-mana undang-undang atau amalan yang sudah mantap tetapi undang-udang atau amalan itu, adalah, atau boleh jadi, tidak munasabah, tidak adil; bersifat menindas atau bersifat diskriminasi tidak wajar; (d) 'berdasarkan secara' seluruhnya, atau sebahagiannya pada notis yang tidak wajar, alasan yahg tidak relevan atau pertimbangan yang tidak relevan; (e) berdasarkan seluruhnya atau sebahagiannya pada suatu kesilapan tentang undang-undang atau fakta; (f) perlakuan yang alasan tentangnya hendaklah diberi tetapi telah tidak diberi; atau (g) sebaliknya salah, (2) Jika setelah menjalankan sesuatu siasatan, Suruhanjaya mendapati bahawa perlakuan yang diadukan itu mempunyai asas kukuh, Suruhanjaya bolehlah - (a) merujuk penemuannya itu dengan syor Kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Pasukan Polis jika perlakuan yang diadukan itu mendedahkan terdapatnya suatu kesalahan tatatertib; atau (b) merujuk penemuannya itu kepada Ketua Penasihat Undang-undang Suruhanjaya untuk tujuan mengambil prosiding undang-undang di Mahkamah terhadap pegawai polis yang terbabit dalam aduan tersebut. Karjasama dengan agensi lain 17. (1) Dalam menjalankan fungsi siasatannya, Suruhanjaya boleh bekerja dengan kerjasama agensi siasatan dan penguatkuasaan undang-undang yang lain dan mana-mana jabatan kerajaan negeri atau persekutuan atau orang dan badan lain sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Suruhanjaya. (2) Bagi tujuan seksyen ini, agensi siasatan dan penguatkuasaan undang-undang yang lain ertinya: (a) Badan Pencegah Rasuah, (b) Ketua Audit Negara, (e) Bank Negara Malaysia, (d) Suruhanjaya Sekuriti, (e) Mana-mana pasukan polis di luar Malaysia, dan (f) Mana-mana pihak berkuasa atau orang lain yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang, sama ada persekutuan atau negeri. (3) Dalam menjalankan fungsi-fungsi lainnya, Suruhanjaya boleh bekerja dengan kerjasama institusi pendidikan dan orang atau badan lain tertentu sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Suruhanjaya. (4) Suruhanjaya boleh merundingkan dan menyebarkan hal-hal risikan dan maklumat kepada agensi siasatan dan kepada mana-mana orang dan badan lain sedemikian, termasuklah mana-mana pasukan petugas dan mana-mana anggota sesebuah pasukan petugas, sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Suruhanjaya. (5) Jika Suruhanjaya menyebarkan maklumat kepada seseorang atau sesebuah badan di bawah seksyen ini atas persefahaman bahawa maklumat itu adalah rahsia, orang atau badan itu adalah tertakluk kepada peruntukan kerahsiaan dalam seksyen 54 yang berhubung dengan maklumat. Keterangan dan prosedu 18. (1) Suruhanjaya tidak terikat dengan kaedah atau amalan keterangan dan boleh memaklumkan dirinya tentang apa-apa perkara dengan cara tertentu sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Suruhanjaya, (2) Suruhanjaya hendaklah menjalankan fungsinya dengan seberapa sedikit formaliti dan hal-hal teknikal yang boleh dan khususnya, Suruhanjaya hendaklah menyetujui terima hujahan bertulis seberapa yang boleh dan perbicaraan hendaklah diadakan dengan memberi penekanan yang seberapa sedikit yang boleh tentang pendekatan adversarial. (3) Meskipun terdapat apa-apa prosiding yang ada di dalam atau di hadapan mana-mana mahkamah, Suruhanjaya boleh - (a) memulakan, meneruskan, menghentikan atau melengkapkan apa-apa siasatan; (b) menyediakan laporan berkaitan dengan apa-apa siasatan; dan (c) melakukan semua perbuatan dan perkara yang perlu atau suai manfaat untuk tujuan-tujuan itu. (4) Jika prosiding di hadapan atau dalam mana-mana mahkamah itu merupakan prosiding bagi suatu kesalahan jenayah, Suruhanjaya boleh setakat yang difikirkarnya perlu untuk berbuat demikian - (a) memastikan bahawa hak orang kena tuduh itu untuk mendapatkan suatu perbicaraan yang adil tidak terjejas; (b) memastikan, dengan seberapa praktikal yang boleh, bahawa apa-apa perbicaraan atau perkara lain berkaitan siasatan itu dikendalikan secara tertutup semasa prosiding berkenaan masih berjalan; dan (c) menangguhkan pembuatan sebarang laporan kepada Parlimen berhubung, dengan siasatan semasa prosiding berkenaan masih berjalan. Pasukan petugas 19. Suruhanjaya boleh, berkaitan dengan fungsi-fungsinya - (a) mengatur penubuhan pasukan petugas; (b) mengusahakan penubuhan pasukan, petugas bersama dengan pihak berkuasa lain; (c) bekerjasama dengan pasukan petugas lain; (d) menyelaraskan atau bekerjasama dalam menyelaraskan mana-mana pasukan petugas sedemikian. Kuasa-kuasa sampingan 20. (1) Suruhanjaya mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang perlu untuk dilakukan bagi atau yang berhubung dengan, atau yang secara munasabahnya bersampingan dengan, penjalanan fungsinya. (2) Apa-apa kuasa spesifik yang diberikan kepada Suruhanjaya oleh Akta ini tidak dikira sebagai membatasi secara implikasi keluasan subseksyen (1) ini. BAHAGIAN II PENYIASATAN DAN PENGGaEDAHAN Siasatan secara am 21. (1) Suruhanjaya boleh menjalankan suatu siasatan atas inisiatifnya sendiri, berdasarkan aduan polis yang dibuat atau yang dirujuk kepadanya, berdasarkan mana-mana aduan polis yang disedari oleh Suruhanjaya, atau berdasarkan laporan yang dibuat kepadanya. (2) Suruhanjaya boleh mengendalikan siasatan meskipun tidak ada seorang pegawai polis atau orang lain yang dibabitkan secara khusus dan meskipun tidak ada salah laku polis yang disyaki berlaku. (3) Suruhanjaya boleh, dalam mempertimbangkan sama ada atau tidak untuk mengendalikan, meneruskan atau menghentikan sesuatu siasatan, mengambil kira perkara-perkara tertentu sebagaimana yang difikirkan patut, termasuklah sama ada atau tidak, pada pendapat Suruhanjaya itu - (a) perkara pokok siasatan berkenaan adalah remeh-temeh; (b) perlakuan atau. perkara terbabit itu telah lama berlaku bagi mewajarkan suatu siasatan dijalankan; atau (c) jika siasatan itu dimulakan lantaran aduan polis -- aduan itu remeh, menyusahkan atau tidak dengan sucihati. Siasatan permulaan 22. (1) Suatu siasatan permulaan boleh dijalamaan untuk tujuan membantu Suruhanjaya mendapatkan atau mengenal pasti perlaluan yang mungkin akan dijadikan perkara pokok kepada suatu siasatan yang lebih lengkap di bawah Akta ini, atau untuk memutuskan sama ada untuk menjadikan perlakuan tertentu itu sebagai perkara pokok suatu siasatan lebih lengkap di bawah Akta ini. (2) Tidak ada apa-apa pun di dalam seksyen ini yang menjejaskan mana-mana peruntukan lain Akta ini. Kuasa untuk mendapatkan maklumat 23. (1) Bagi tujuan sesuatu siasatan, Suruhanjaya boleh, melalui notis bertulis yang disampaikan kepada badan korporat atau sebuah badan awam atau pihak berkuasa berkanun atau mana-mana pegawai badan atau pihak berkuasa sedemikian, menghendaki badan korporat atau badan awam atau pihak berkuasa berkanun sedemikian atau pegawai-pegawainya supaya mengemukakan suatu pernyataan maklumat. (2) Suatu notis di bawah seksyen ini - (a) mestilah menetapkan atau memperihalkan maklumat berkenaan; (b) mestilah menetapkan masa dan tarikh pematuhan; dan (e) mestilah menentukan orang, yang merupakan salah seorang Pesuruhjaya, atau mana-mana pegawai lain Suruhanjaya yang kepadanya maklumat berkenaan mestilah dikemukakan. (3) Notis tersebut boleh memperuntukkan bahawa syarat itu bolehlah dipenuhi oleh orang lain yang bertindak bagi pihak badan awam atau pihak berkuasa berkanun atau pegawai badan atau pihak berkuasa sedemikian dan boleh, tetapi tidak perlu, menentukan orang atau kelas orang yang boleh bertindak sedemikian. (4) Mana-mana orang yang - (a) tanpa alasan yang munasabah, gagal mematuhi suatu notis yang disampaikan kepada orang itu di bawah seksyen ini; atau (b) dengan maksud mematuhi suatu notis yang disampaikan kepada orang itu atau kepada orang lain di bawah seksyen ini, menyediakan maklumat dengan mengetahui bahawa butiran material maklumat itu adalah palsu atau mengelirukan, melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak, melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Kuasa untuk mel1dapatkan dokumen atau benda lain 24. (1) Bagi tujuan sesuatu siasatan, Suruhanjaya boleh, dengan notis bertulis yang disampaikan kepada seseorang itu, sama ada ia merupakan sebuah badan awam atau pihak berkuasa berkanun atau seseorang pegawai atau pekerja badan atau pihak berkuasa sedemikian atau tidak, menghendaki orang itu - (a) hadir, pada suatu masa dan di suatu tempat yang ditentukan dalam notis itu di hadapan seseorang Pesuruhjaya yang ditentukan dalam notis berkenaan; dan (b) untuk mengemukakan, pada masa dan di tempat itu, kepada Pesuruhjaya yang telah ditentukan itu, suatu dokumen atau benda lain yang ditentukan di dalam notis berkenaan. (2) Notis berkenaan boleh memperuntukkan bahawa syarat itu bolehlah dipatuhi oleh orang lain yang bertindak bagi pihak orang yang ke atasnya syarat itu dikenakan, dan boleh, tetapi tidak perlu, menentukan orang atau kelas orang yang boleh bertindak sedemikian. (3) Seseorang itu tidak boleh, tanpa alasan munasabah, enggan atau gagal mematuhi sesuatu notis yang disampaikan kepadanya di bawah seksyen ini. (4) Mana-mana orang yang gagal, tanpa alasan munasabah, untuk mematuhi notis yang disampaikan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Peguambela dan peguamcara hendaklah mendedahkan maklumat 25. (1) Walaupun terdapat undang-undang bertulis lain, seseorang peguambela dan peguamcara cara hendaklah mendedahkan maklumat yang dimilikinya berhubung dengan apa-apa transaksi atau urus niaga yang berkaitan dengan apa-apa perkara atau harta yang menjadi subjek bagi atau yang berkaitan dengan sesuatu aduan atau siasatan di bawah Akta ini. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Obligasi di sisi undang-undang untuk memberi maklumat 26. (1) Tertakluk kepada batasan tertentu seperti yang diperuntukkan di bawah Akta ini, tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh seseorang Pesuruhjaya supaya memberi apa-apa maklumat mengenai apa-apa perkara yang menjadi tugas Pesuruhjaya sedemikian untuk menyiasatnya di bawah Akta ini dan yang merupakan dalarnkuasa beliau untuk memberi, hendaklah terikat dari segi undang-undang untuk memberi maklumat tersebut. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Mengaitkan diri sendiri dengan perbuatan jenayah 27. (1) Seksyen ini terpakai jika, di bawah seksyen 23 atau 24, Suruhanjaya menghendaki sesebuah badan korporat atau mana-mana badan awam atau pihak berkuasa berkenaan atau mana-mana pegawai badan atau pihak berkuasa atau mana-mana orang itu - (a) untuk mengemukakan apa-apa pernyataan maklumat, atau (b) untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain. (2) Jika pernyataan, dokumen atau benda lain itu cenderung mengaitkan orang itu dan orang itu membantah pengemukaannya pada ketika itu, baik fakta tentang syarat itu sendiri mahupun pernyataan, dokumen atau benda itu sendiri, jika dikemukakan, tidak boleh digunakan dalam mana-mana prosiding terhadap orang itu melainkan dalam prosiding bagi kesalahan terhadap Akta ini. (3) Walau bagaimanapun, pernyataan, dokumen atau benda lain itu boleh digunakan untuk tujuan siasatan berkenaan meskipun terdapat bantahan sedemikian. Kuasa untuk memasuki premis awam 28. (1) Bagi tujuan sesuatu siasatan, Pesuruhjaya atau seseorang pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pesuruhjaya boleh, pada bila-bila masa - (a) memasuki dan memeriksa mana-mana premis yang dipakai atau digunakan oleh sesebuah badan awam atau pihak berkuasa berkanun atau seseorang pegawai atau pekerja sesebuah badan atau pihak berkuasa berkenaan atas kuasanya itu; (b) memeriksa mana-mana dokumen atau benda lain di dalam atau di atas premis berkenaan, dan (c) mengambil salinan mana-mana dokumen di dalam atau di atas premis itu. (2) Badan awam atau pihak berkuasa berkanun atau seseorang pegawai atau pekerja badan atau pihak berkuasa berkanun itu mestilah membenarkan Pesuruhjaya atau pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa itu, menggunakan kemudahan berkenaan sebagaimana yang perlu bagi membolehkan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen ini dijalankan. Injunksi 29. (1) Mahkamah Tinggi boleh, atas permohonan. yang dibuat oleh Suruhanjaya, memberi injunksi menyekat mana-mana perlakuan yang sedang dibabitkan atau yang nampaknya berkemungkinan akan dibabitkan oleh seseorang, atau mana-mana pegawai atau pekerja sesebuah badan awam atau pihak berkuasa berkanun, jika perlakuan itu merupakan subjek, atau menjejaskan subjek, sesuatu siasatan atau cadangan siasatan oleh Suruhanjaya. (2) Mahkamal Tinggi tidak boleh memberi injunksi di bawah seksyen ini kecuali ia berpendapat bahawa: (a) perlakuan yang hendak disekat itu berkemungkinan menghalang pengendalian siasatan atau cadangan siasatan berkenaan, atau (b) adalah perlu untuk menyekat perlakuan berkenaan bagi mencegah bahaya yang tidak boleh dibaiki dilakukan kerana salah laku polis yang serius atau salah laku polis yang serius yang disyaki. (3) Suruhanjaya tidak boleh dikehendaki, sebagai suatu syarat pemberian sesuatu injuksi di bawah seksyen ini, untuk apa-apa aku janji tentang ganti rugi Kuasa-kuasa boleh dijalankan sama ada atau tidak perbicaraan sedang dilangsungkan 30. Kuasa-kuasa boleh dijalankan di bawah Bahagian V berhubung dengan sesuatu siasatan sama ada atau tidak sesuatu perbicaraan di hadapan Suruhanjaya itu sedang dijalankan bagi tujuan siasatan berkenaan, BAHAGIAN VI PERBICARAAN DAN KUASA-KUASA MENYIASAT Perbicaraan 31. (1) Bagi tujuan sesuatu siasatan, Suruhanjaya boleh mengadakan perbicaraan. (2) Sesuatu perbicaraan itu hendaklah dikendalikan oleh seorang Pesuruhjaya yang mempengerusikan sidang dengan kelayakan dalam bidang undang-undang dan sekurang-kurangnya seorang lagi Pesuruhjaya sebagai pembantu Pesuruhjaya sebagaimana yang ditentekan oleh Pengerusi. (3) Dalam setiap perbicaraan, Pesuruhjaya yang mempengerusikan sidang itu hendaklah mengumumkan tentang skop am dan tujuan perbicaraan berkenaan. (4) Seseorang yang hadir di hadapan Suruhanjaya semasa perbicaraan dilangsungkan berhak untuk dimaklumkan tentang skop dan tujuan am perbicaraan berkenaan kecualilah Pesuruhjaya yang mempengerusikan sidang itu berpendapat bahawa ini akan menjejaskan siasatan berkenaan dengan teruk. (5) Ketua Penasihat Undang-undang atau seorang Penasihat Undang-undang boleh membantu Suruhanjaya semasa perbicaraan. Perbicaraan terbuka dan tertutup 32. (1) Sesuatu perbicaraan boleh diadakan secara terbuka atau tertutup, atau sebahagiannya terbuka dan sebahagiannya pula tertutup seperti yang diputuskan oleh Pesuruhjaya yang mempenguusikan sidang berkenaan. (2) Tanpa membataskan kuasa Pesuruhjaya yang mempengerusikan sidang itu di dalam subseksyen (1), Pesuruhjaya yang mempengerusikan sidang boleh memutuskan untuk mendengar penghujahan penutup secara tertutup daripada seseorang yang hadir di hadapan Suruhanjaya atau seseorang pengamal undang-undang yang mewakili orang sedemikian, dan juga berhubung dengan penghujahan penutup oleh Ketua Penasihat Undang-Undang atau Penasihat Undang-Undang. (3) Dalam membuat keputusan ini, Pesuruhjaya yang mempengerusikan sidang wajib mengambil kira mana-mana perkara yang difikirkan ada kaitannya dengan kepentingan awam. (4) Pesuruhjaya yang mempengerusikan sidang boleh memberi arahan tentang orang yang boleh hadir semasa sesuatu perbicaraan apabila ia ditetapkan untuk diadakan secara tertutup, dan tidak ada orang yang boleh hadir, dalam sesuatu perbicaraan yang bertentangan dengan arahan sedemikian. Hak orang yang terjejas untuk hadir 33. Jika dibuktikan hingga memuaskan hati Suruhanjaya bahawa mana-mana orang mempunyai kepentingan substansial atau langsung dalam mana-mana perkara pokok perbicaraan, Suruhanjaya boleh memberi kuasa kepada orang itu untuk hadir semasa perbicaraan atau sesuatu bahagian tertentu perbicaraan berkenaan. Perwakilan undang-undang 34. (1) Suruhanjaya boleh, berkaitan dengan sesuatu perbicaraan, memberi kuasa kepada - (a) seseorang yang memberi keterangan dalam perbicaraan berkenaan, atau (b) seseorang yang dirujuk di dalam seksyen 33, supaya diwakili oleh pengamal undang-undang dalam perbicaraan itu atau sebahagian tertentu perbicaraan tersebut. (2) Suruhanjaya hendaklah memberi peluang yang munasabah kepada orang yang memberi keterangan dalam perbicaraan itu supaya diwakili dari segi undang-undang. (3) Ketua Penasihat Undang-Undang atau Penasihat Undang-Undang yang dilantik oleh Suruhanjaya untuk membantunya boleh hadir di hadapan Suruhanjaya. Kumpulan dan pertubuhan tidak diperbadankan 35. (1) Kumpulan dan pertubuhan tidak diperbadankan boleh diberi kuasa untuk hadir dalam sesuatu perbicaraan atau diberi kuasa atau dikehendaki memberi keterangan dalam sesuatu perbicaraan, (2) Dengan itu rujukan dalam seksyen 33 dan 34 terhadap perkataan "orang" adalah diperluas untuk tujuan ini supaya merangkumi suatu kumpulan atau pertubuhan tidak diperbadankan. Pemeriksaan dan pemeriksaan balas saksi 36. (1) Seseorang yang diberi kuasa atau dikehendaki hadir dalam sesuatu perbicaraan, atau pengamal undang-undang seseorang itu yang diberi kuasa untuk hadir dalam sesuatu perbicaraan, boleh, dengan kebenaran Suruhanjaya, memeriksa atau memeriksa balas mana-mana saksi mengenai apa-apa perkara yang difikirkan relevan oleh Suruhanjaya. (2) Ketua Penasihat Undang-Undang atau seorang Penasihat Undang-Undang yang dilantik oleh Suruhanjaya untuk membantunya boleh rreneriksa atau memeriksa balas mana-mana saksi mengenai apa-apa perkara yang difikirkan relevan oleh Suruhanjaya. (3) Mana-mana saksi yang diperiksa atau diperiksa balas di bawah seksyen ini mempunyai perlindungan yang sama dan adalah tertakluk kepada liabiliti yang sama seolah-olah dia diperiksa oleh seorang Pesuruhjaya. Kuasa memanggil saksi dan mengambil keterangan 37. (1) Pesuruhjaya boleh memanggil seseorang supaya hadir di hadapan Suruhanjaya dalam sesuatu perbicaraan pada masa dan tempat yang ditetapkan didalam saman itu - (a) untuk memberi keterangaran atau (b) untuk mengemukakan dokumen atau benda lain sebagaimana yang dirujuk dalam saman berkenaan, atau kedua-duanya sekali. (2) Pesuruhjaya boleh, dalam sesuatu perbicaraan, mengambil keterangan berdasarkan sumpah dan ikrar; dalam suatu bentuk yang diluluskan oleh Suruhanjaya. (3) Seseorang saksi yang dipanggil supaya hadir di hadapan Suruhanjaya mestilah hadir dan melaporkan dirinya dari hari ke hari kecuali saksi itu dilepaskan daripada kehadirannya atau sehingga saksi itu dilepaskan daripada kehadiran selanjutnya oleh Pesuruhjaya yang mempengerusikan sidang dalam perbicaraan berkenaan. (4) Seseorang yang tidak dikecualikan atau dilepaskan, yang gagal menghadirkan diri dan melaporkan diri, adalah dianggap telah gagal melaporkan diri di hadapan Suruhanjaya untuk mematuhi saman dan boleh dihukum menurut seksyen 77. (5) Sesebuah Mahkamah Tinggi boleh, atas permohonan seorang Psuruhjaya, mengeluarkan saman yang seorang Pesuruhjaya itu diberi kuasa untuk mengeluarkannya di bawah seksyen ini bagi membolehkan saman itu diberi ciri sebagai sesuatu saman oleh pegawai kehakiman, bagi tujuan penyampaian di luar bidang kuasa. Penangkapan saksi 38. (1) Jika seseorang yang telah disampaikan kepadanya suatu saman supaya hadir di hadapan Suruhanjaya sebagai seorang saksi gagal untuk hadir bagi menjawab saman itu, Pesuruhjaya boleh, berdasarkan bukti melalui akuan berkanun tentang penyampaian saman itu, mengeluarkan waran untuk menangkap saksi berkenaan. (2) Pesuruhjaya boleh mengeluarkan waran bagi menangkap seseorang yang keterangannya diperlukan dan adalah perlu dan relevan dengan sesuatu siasatan, jika Pesuruhjaya berpuas hati melalui keterangan bersumpah atau berikrar bahawa wujud kebarangkalian bahawa orang itu sedang hendak atau sedang membuat persiapan untuk meninggalkan tempat kediaman biasanya atau negara dan keterangaran orang itu tidak akan diperoleh oleh Suruhanjaya jika orang itu berlepas. (3) Pesuruhjaya diberi kuasa untuk mengendalikan sumpah atau ikrar bagi tujuan subseksyen (2), (4) Suatu waran boleh dikeluarkan di bawah subseksyen (2) selepas suatu saman dikeluarkan kepada orang yang keterangannya diperlukan, meskipun masa yang ditentukan dalam saman yang menghendaki kehadiran orang itu masih belum berlalu. (5) Suatu waran di bawah seksyen ini memberi kuasa untuk menangkap saksi itu dan batang tubuhnya dibawa segera ke hadapan Suruhanjaya dan ditahan dalam sebuah penjara atau di tempat lain bagi tujuan itu sehingga dilepaskan melalui perintah seorang Pesuruhjaya. (6) Suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen ini boleh disempurnakan oleh mana-mana pegawai polis, atau oleh mana-mana orang yang kepadanya waran itu ditujukan, dan orang yang melaksanakan waran itu boleh menggunakan kekerasan tertentu sebagaimana yang dengan munasabahnya perlu bagi tujuan memasuki mana-mana premis bagi tujuan melaksanakan waran berkenaan. Melepaskan saksi dengan syarat 39. (1) Pelepasan seseorang saksi melalui perintah seorang Pesuruhjaya di bawah seksyen 38(5) boleh dibuat tertakluk kepada satu atau lebih syarat yang berikut atau kepada mana-mana syarat lain - (a) bahawa saksi itu hendaklah hadir dan melaporkan diri di hadapan Suruhanjaya mengikut terma perintah berkenaan melainkan kehadirannya dikecualikan atau sehingga dilepaskan daripada kehadiran selanjutnya oleh Pesuruhjaya yang mempengerusikan sidang dalam perbicaraan Suruhanjaya berkaitan, dan (b) syarat bagi tujuan memastikan kehadiran selanjutnya saksi itu di hadapan Suruhanjaya sama ada dengan penyediaan jaminan oleh saksi berkenaan, penyerahan mana-mana pasport yang dipegang oleh saksi itu, syarat tentang di mana saksi itu harus tinggal, dan laporan tetap oleh saksi kepada Suruhanjaya, (2) Pesuruhjaya boleh melalui perintah, dari masa ke semasa, meminda, membatalkan atau membuat penambahan pada syarat-syarat itu. Semakan semula oleh Mahkamah Tinggi 40. (1) Seseorang saksi yang belum dilepaskan oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen 38(5) atau yang pelepasannya di bawah seksyen 39 itu adalah tertakluk kepada satu atau lebih syarat boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan kajian semula keputusan untuk tidak melepaskan atau kerana kegagalan melepaskan saksi atau sebab terma satu atau lebih syarat-syarat yang dikenakan itu. (2) Mahkamah Tinggi boleh mengesahkan atau mengetepikan suatu keputusan oleh Pesuruhjaya untuk tidak melepaskan saksi atau mana-mana syarat yang dikenakan oleh Pesuruhjaya terhadap pelepasan saksi berkenaan. (3) Mahkamah Tinggi bcleh juga atau sebaliknya membuat apa-apa perintah yang boleh dibuat oleh Pesuruhjaya berkaitan dengan penahanan atau pelepasan saksi berkenaan. (4) Mahkamah Tinggi boleh juga menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh subseksyen (3) jika Pesuruhjaya belum membuat sebarang keputusan dalam masa yang munasabah tentang pelepasan saksi berkenaan. (5) Suatu perintah Mahkamah Tinggi di bawah seksyen ini, hendaklah disifatkan suatu perintah Pesuruhjaya. Perlindungan berkaitan dengan jawapan, dokumen dan lain-lain 41. (1) Seseorang saksi yang dipanggil supaya menghadirkan diri atau yang hadir di hadapan Suruhanjaya dalam sesuatu perbicaraan tidak berhak untuk menolak: (a) daripada mengangkat sumpah atau membuat suatu ikrar, atau (b) daripada menjawab apa-apa soalan yang relevan dengan suatu siasatan yang diajukan kepada saksi itu oleh Pesuruhjaya atau orang lain yang mempengerusikan sidang dalam suatu perbicaraan, atau (c) daripada mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang ada dalam jagaan atau kawalan saksi itu yang saksi berkenaan dikehendaki oleh saman tersebut atau oleh orang yang mempengerusikan sidang itu supaya mengemukakannya. (2) Seseorang saksi yang dipanggil supaya menghadirkan diri atau yang hadir di hadapan Suruhanjaya dalam sesuatu perbicaraan tidak dikecualikan daripada menjawab apa-apa soalan atau daripada mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain atas alasan bahawa jawapan atau pengemukaan itu boleh mengaitkan atau cenderung untuk mengaitkan saksi tersebut, atau atas alasan perlindungan yang lain, atau atas alasan suatu kewajipan berahsia atau sekatan lain tentang pendedahan, atau atas apa-apa alasan lain. (3) Sesuatu jawapan yang dibuat, atau dokumen atau benda lain yang dikemukakan, oleh seseorang saksi dalam suatu perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya tidak (melainkan jika diperuntukkan selainnya di dalam seksyen ini) boleh diterima dalam keterangan terhadap orang itu dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah, tetap boleh digunakan dalam membuat keputusan sama ada untuk membuat suatu perintah untuk tujuan apa-apa prosiding tatatertib yang dijalankan oleh Pasukan. (4) Tidak ada apa-apa pun di dalam seksyen ini yang menjadikan ia keterangan yang tidak boleh diterima: (a) apa-apa jawapan, dokumen atau benda lain dalam prosiding bagi suatu kesalahan terhadap Akta ini atau dalam prosiding penghinaan di bawah Akta ini; atau (b) apa-apa jawapan, dokumen atau benda lain dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah jika saksi itu tidak membantah terhadap pemberian jawapan atau pengemukaan dokumen atau benda lain itu tidak kira walaupun wujud peruntukan subseksyen (2); atau (c) apa-apa dokumen dalam mana-mana prosiding sivil bagi atau yang berhubung dengan apa-apa hal atau liabiliti yang diberikan atau dikenakan oleh dokumen atau benda lain itu. Akuan saksi berhubung dengan bantahan 42. Pesuruhjaya yang mempengerusikan sidang dalam perbicaraan itu boleh mengisytiharkan bahawa semua atau mana-mana kelas jawapan yang diberi oleh seseorang saksi atau bahawa semua atau mana-mana kelas dokumen atau benda lain yang dikemukakan oleh seseorang saksi akan dikira sebagai telah diberi atau dikemukakan atas bantahan saksi, dan sehubungan dengan itu tidak perlu bagi saksi itu membuat suatu bantahan berhubung dengan setiap jawapan, setiap dokumen atau setiap benda lain itu. Pembayaran balik perbelanjaan saksi 43. Seseorang saksi yang menghadirkan diri atau yang hadir di hadapan Suruhanjaya hendaklah dibayar, daripada wang yang diperuntukkan oleh Parlimen, suatu amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, Kehadiran banduan di hadapan Suruhanjaya 44, (1) Jika Pesuruhjaya menghendaki kehadiran seseorang banduan dalam sesuatu perbicaraan di hadapan Suruhanjaya, Pesuruhjaya berkenaan boleh, melalui perintah bertulis yang disampaikan kepada Ketua Pengarah Penjara yang banduan itu berada dalam jagannya, mengarahkan Ketua Pengarah Penjara supaya mengemukakan banduan berkenaan, atau mengarahkan supaya banduan berkenaan dikemukakan, pada masa dan tempat yang dinyatakan dalam perintah berkenaan. (2) Perintah sedemikian merupakan kuasa yang memadai bagi Ketua Pengarah Penjara mengemukakan bandtan berkenaan atau untuk mengarahkan supaya banduan tersebut dikemukakan, dan banduan itu mestilah dikemukakan dengan sewajarnya. (3) Seseorang banduan adalah, apabila dikemukakan di bawah seksyen ini dalam jagaan sebenar Ketua Pengarah Penjara, seorang pegawai penjara atau seorang pegawai polis, yang diletakkan di bawah jagaan yang sah. (4) Ketua Pengarah Penjara, pegawai penjara atau pegawai polis itu mestilah apabila tiba waktunya mengembalikan banduan itu ke penjara. BAHAGIAN VII KUASA TATATERTIB Pertuduhan Tatatertib dan Hukuman 45. (1) Suruhanjaya, apabila mendapati bahawa seseorang pegawai polis itu bersalah kerana apa-apa salah laku atau telah melakukan apa-apa kesalahan tatatertib di bawah skta ini, dan selepas menimbang keseriusan salah laku atau kesalahan tatatertib itu, hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat perintah-perintah yang berikut - (a) memberi amaran dan melepaskan pegawai polis berkenaan; (b) bahawa pegawai polis berkenaan yang telah disabitkan itu dilucutkan daripada menikmati satu atau lebih lencana kelakuan baik dan elaun. Elaun demikian hendaklah terhenti dari hari pertama bulan berikutan bulan perintah perlucutan itu dibuat; (c) menghentikan kenaikan gaji atau melucuthakkan perkhidmatan yang diiktiraf bagi kenaikan gaji dan perintah sedemikian hendaklah menentukan tempoh baginya kenaikan gaji sedemikian dihentikan atau khidmat diiktiraf sedemikian jika dilucut hak, mengikut mana-mana yang berkaitan. Penghentian kenaikan gaji hendaklah untuk suatu tempoh tidak kurang daripada tiga bulan; (d) merurunkan pangkat seseorang pegawai polis; (e) mengenakan denda tidak melebihi amaun satu bulan gaji pokok pesalah; (f) amaran keras terhadap pesalah berkenaan; dan (g) menukar tugas pesalah itu ke tugas lain; atau (h) pemecatan, (2) Sesuatu perintah Suruhanjaya berkuatkuasa daripada tarikh perintah tersebut dan adalah mutlak dan muktamad, dan tidak boleh dicabar, dirayu, disemak semula, diketepikan atau dipertikaikan di mana-mana mahkamah. (3) Suruhanjaya boleh membuat peraturan, kaedah dan prosidur yang anggap perlu bagi pengendalian siasatan yang hendak dijalankan di bawah Bahagian ini. BAHAGIAN VIII WARAN GELEDAH, PERLINDUNGAN DAN KERAHSIAAN Pengeluaran waran geledah 46. (1) Pesuruhjaya, atas permohonan yang dibuat kepada Pesuruhjaya di bawah subseksyen (2), boleh mengeluarkan suatu waran geledah jika Pesuruhjaya itu berpendapat patut dalam hal keadaan itu dan jika beliau berpuas hati bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk berbuat demikian. (2) Seseorang pegawai Suruhanjaya boleh memohon kepada Pesuruhjaya untuk mendapatkan suatu waran geledah jika orang itu mempunyai alasan yang munasabah untuk percaya bahawa terdapat di dalam atau di atas mana-mana premis suatu dokumen atau benda lain yang berkaitan dengan apa-apa perkara yang sedang disiasat di bawah Akta ini atau bahawa dokumen atau benda lain sedemikian boleh, dalam masa 72 jam, dibawa ke dalam atau ke atas premis tersebut. Kuasa yang diberi, melalui waran geledah 47. (1) Sesuatu waran geledah memberi kuasa kepada seseorang pegawai polis, atau mana-mana orang lain, yang dinamakan di dalam waran berkenaan: (a) untuk memasuki premis yang ditentukan di dalam waran berkenaan; (b) untuk menggeledah premis bagi mendapatkan dokumen atau benda lain yang berkaitan dengan apa-apa perkara yang sedang disiasat di bawah Akta ini; dan (c) untuk menyita apa-apa dokumen atau benda lain sedemikian yang ditemui di dalam atau di atas premis berkenaan dan menghantarserahkannya kepada SurUhanjaya. (2) Jika dalam menjalankan penggeledahan, mengikut terma sesuatu waran geledah, bagi mendapatkan dokumen atau benda lain itu: (a) orang yang melaksanakan waran tersebut menemui suatu dokumen atau benda lain yang orang itu percaya berdasarkan alasan yang munasabah sebagai keterangan boleh diterima dalam pendakwaan seseorang bagi suatu kesalahan terhadap undang-undang Malaysia; dan (b) orang yang disebut tadi percaya berdasarkan alasan munasabah bahawa adalah perlu untuk menyita dokumen atau benda lain itu bagi mencegah ia daripada disembunyikan, dihilangkan, dirosakkan atau dimusnahkan, atau daripada digunakan untuk melanggar sesuatu kesalahan tersebut, orang itu boleh menyita dokumen atau benda lain tersebut, dan jika ia telah disita sedemikian, ia dikira bagi tujuan Akta ini sebagai telah disita mengikut waran berkenaan. (3) Jika sesuatu dokumen atau benda lain itu disita menurut suatu waran geledah - (a) Suruhanjaya boleh menyimpan dokumen atau benda lain itu jika, selagi simpanan oleh Suruhanjaya itu, adalah secara yang munasabahnya perlu bagi tujuan suatu siasatan yang dengannya ia adalah relevan, dan (b) Jika simpanan dokumen atau benda lain oleh Suruhanjaya itu tidak, atau terhenti daripada, secara munasabahnya perlu bagi tujuan sedemikian, Suruhanjaya boleh menyebabkan ia dihantar serah kepada: (i) orang yang daripadanya dokumen atau benda lain itu diambil; atau (ii) Pengarah Pendakwa Raya, dengan syor tentang apakah tindakan yang harus diambil berhubung dengan dokumen atau benda lain itu. (4) Seseorang pegawai polis, atau seseorang penyiasat kanan Suruhanjaya, yang dinamakan di dalam dan yang menyempurnakan suatu waran geledah boleh memeriksa badan orang yang dijumpai di dalam atau di atas premis yang secara yang munasabahnya disyaki pegawai polis itu atau penyiasat kanan Suruhanjaya itu bahawa orang itu mempunyai suatu dokumen atau benda lain yang disebut di dalam waran berkenaan. (5) Dalam seksyen ini: "penyiasat kanan Suruhanjaya" ertinya seorang pegawai Suruhanjaya yang dinamakan oleh Pesuruhjaya dengan gelaran penyiasat kanan dan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya dengan cara pengenalan sebagai penyiasat kanan Suruhanjaya. Halangan terhadap orang yang melaksanakan waran geledah 48. Seseorang itu tidak boleh sekali-kali, tanpa sebab yang munasabah, menghalang atau menyekat seseorang yang sedang melaksanakan sesuatu waran geledah. Kuasa untuk memintas sekat komunikasi 49. (1) Walau apa pun yang diperuntukkan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Pesuruhjaya, jika beliau berpendapat ada kemungkinan untuk membendung apa-apa maklumat yang relevan bagi tujuan apa-apa siasatan suatu kesalahan di bawah Akta ini, boleh, memberi kuasa kepada mana-mana pegawai Suruhanjaya - (a) supaya memintas sekat, menahan dan membuka apa-apa bahan pos dalam perjalanan pengiriman melalui pos; (b) memintas sekat apa-apa mesej yang dikirimkan atau diterima melalui mana-mana kaedah atau bentuk komunikasi; atau (c) memintas sekat atau mendengar apa-apa perbualan melalui apa-apa kaedah atau bentuk komunikasi. (2) Apabila mana-mana orang dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa maklumat yang diperoleh oleh seorang pegawai Suruhanjaya menurut subseksyen (1), sama ada sebelum atau selepas orang itu dituduh, maka keterangan ini boleh diterima, dalam perbicaraan beliau. (3) Pemberian kuasa oleh Pesuruhjaya di bawah subseksyen (1) boleh diberi sama ada secara lisan atau secara bertulis tetapi jika apa-apa pemberikuasaan secara lisan diberi, Pesuruhjaya hendaklah, dengan seberapa segera yang praktikal, mencatatkan pemberikuasaan itu dalam bentuk bertulis. (4) Suatu perakuan oleh Pesuruhjaya menyatakan bahawa tindakan yang diambil oleh seseorang pegawai Suruhanjaya mengikut subseksyen (1) itu telah diberi kuasa oleh beliau di bawah subseksyen itu merupakan keterangan yang muktamad bahawa ia telah diberi kuasa sedemikian, dan perakuan sedemikian boleh diterima dalam keterangan tanpa perlu pada pembuktian tandatangan tentang hal itu. (5) Tidak ada seorang jua pun yang mempunyai kewajipan, obligasi atau liabiliti, atau yang boleh dengan apa jua cara dipaksa, untuk mendedahkan dalam mana-mana prosiding tentang prosedur, kaedah, cara atau bentuk, atau apa-apa perkara yang berkaitan dengannya, tentang apa-apa perkara yang dilakukan di bawah subseksyen (1)(a), (b) atau (c), (6) Bagi tujuan seksyen ini - "bahan pos" mempunyai makna yang sama dengan makna dalam Akta Perkhidmatan Pos 1991 [Akta 465] "komunikasi" ertinya apa-apa komunikasi, sama ada antara orang dengan orang, benda dengan benda, atau orang dengan benda, dalam bentuk suatu data, teks, imej visual, isyarat atau apa-apa bentuk atau apa-apa kombinasi bentuk-bentuk itu "memintas sekat" ertinya pemerolehan dergan menggunakan pendengaran telinga atau cara lain terhadap kandungan apa-apa komunikasi menerusi penggunaan apa-apa klengkapan, peranti atau peralatan elektronik, mekanik, atau kelengkapan atau peranti yang lain. Perlindungan saksi-saksi dan orang yang membantu Suruhanjaya 50. (1) Jika Pesuruhjaya merasakan bahawa, kerana seseorang itu sedang membantu Suruhanjaya, maka keselamatan orang atau mana-mana orang lain boleh jadi terjejas atau orang itu atau mana-mana orang lain boleh ditakut-takutkan atau menerima gangguan bertubi-tubi, Pesuruhjaya boleh membuat pengaturan tertentu sebagaimana yang perlu: (a) untuk melindungi keselamatan mana-mana orang sedemikian; atau (b) untuk melindungi mana-mana orang sedemikian daripada ditakut-takutkan atau diganggu bertubi-tubi. (2) Dalam seksyen ini, rujukan kepada seseorang yang sedang membantu Suruhanjaya merupakan suatu rujukan kepada seseorang yang - (a) telah hadir, sedang hadir atau yang akan hadir di hadapan Suruhanjaya untuk memberi keterangan atau untuk mengemukakan suatu dokumen atau benda lain; (b) telah mengemukakan atau bercadang untuk mengemukakan suatu dokumen atau benda lain kepada Suruhanjaya di bawah Akta ini; atau (c) telah membantu, sedang membantu atau yang akan membantu Suruhanjaya dengan cara lain. (3) Apa-apa perkiraan sedemikian boleh (tetapi tidak perlu) membabitkan Pesuruhjaya mengarahkan Ketua Polis Negara atau suatu badan awam atau pihak berkuasa berkanun yang ditetapkan atau seorang pegawai sebuah badan atau pihak berkuasa sedemikian - (a) untuk menyediakan apa-apa perlindungan yang dirujuk dalam subseksyen (1); (b) untuk menyediakan kakitangan atau kemudahan atau kedua-duanya sekali bagi membantu menyediakan perlindungan itu; atau (c) untuk selainnya membantu dalam menyediakan perlindungan berikut. (4) Ketua Polis Negara, atau sesebuah badan awam atau pihak berkuasa berkanun sedemikian atau seseorang pegawai sesebuah badan atau pihak berkuasa sedemikian mempunyai suatu kewajipan untuk mematuhi apa-apa arahan sedemikian setakat yang secara munasabahnya mungkin. (5) Apa-apa perkiraan sedemikian boleh (tetapi tidak perlu) membabitkan Pesuruhjaya membuat perintah memohon kepada seseorang tertentu bagi tujuan melindungi keselamatan orang yang dirujuk dalam subseksyen (1) atau bagi melindungi seseorang daripada ditakut-takutkan atau diganggu bertubi-tubi; dan perintah sedemikian tidak terhad pada arahan mengikut jenisnya yang dirujuk dalam subseksyen (3). (6) Mana-mana orang yang melanggar suatu perintah yang terpakai bagi orang di bawah subseksyen (5) tanpa alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Sekatan terhadap penyiaran keterangan 51. (1) Suruhanjaya boleh mengarahkan supaya - (a) apa-apa keterangan diberikan di hadapan Suruhanjaya; (b) kandungan apa-apa dokumen, atau suatu perihalan apa-apa benda, yang dikemukakan kepada Suruhanjaya, atau yang disita di bawah suatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta ini; (c) apa-apa maklumat yang mungkin membolehkan seseorang yang telah memberi atau baru hendak memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya itu dapat dikenal pasti atau dikesan lokasinya; atau (d) hakikat bahawa mana-mana orang telah memberi atau baru hendak memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya, tidak boleh sekali-kali disiarkan melainkan dengan cara tertentu, dan kepada orang tertentu, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya. (2} Suruhanjaya tidak boleh memberi arahan di bawah seksyen ini kecuali telah berpuas hati bahawa arahan itu perlu atau elok demi kepentingan awam. (3) Mana-mana orang yang menyiarkan keterangan yang melanggar sesuatu arahan yang diberi di bawah seksyen ini adal,ah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Penyiaran keterangan yang diberi dalam perbicaraan tertutup 52, (1) Seseorang yang hadir dalam suatu perbicaraan Suruhanjaya yang bersidang secara tertutup tidak boleh sekali-kali menyiarkan, atau memberi atau membolehkan supaya disiarkan, apa-apa keterangan yang diberi di hadapan Suruhanjaya dalam perbicaraan itu atau apa-apa kandungan sesuatu dokumen yang dikemukakan dalam perbicaraan, melainkan kepada seorang pegawai Suruhanjaya atau sebagaimana yang dibenarkan oleh Suruhanjaya atau oleh peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. (2) TidaK ada apa-apa jua di dalam seksyen ini yang menjejaskan seksyen 51, tetapi seseorang itu tidak boleh dihukum di bawah kedua-dua seksyen bagi penyiaran yang sama. (3) Seksyen ini tidak terpakai bagi seseorang pegawai Suruhanjaya. Pendedahan yang menjejaskan siasatan 53. (1) Seseorang yang dikehendaki: (a) melalui suatu notis di bawah seksyen 23 atau 24 supaya mengemukakan suatu dokumen atau benda lain; atau (b) melalui saman di bawah seksyen 38 untuk memberi keterangan atau mengemukakan dokumen atau benda lain, tidak boleh sekali-kali mendedahkan apa-apa maklumat tentang notis atau saman itu yang berkemungkinan menjejaskan siasatan yang berkaitan dengannya. (2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi notis atau saman kecuali ia menyatakan bahawa maklumat tentang notis atau saman itu tidak boleh sekali-kali didedahkan. (3) Seseorang tidak melanggar seksyen ini jika: (a) pendedahan itu dibuat kepada seorang pekerja, ejen atau orang lain bagi tujuan mendapatkan maklumat bagi mematuhi notis atau saman berkenaan dan pekerja, ejen atau orang lain itu diarahkan supaya tidak memaklumkan orang yang kepadanya maklumat tentang perkara itu ada kaitan dengannya; (b) pendedahan itu dibuat bagi mendapatkan nasihat undang-undang atau perwakilan undang-undang berkaitan dengan notis atau saman berkenaan; (c) pendedahan itu dibuat bagi tujuan, atau dalam perjalanan, prosiding undang-undang; atau (d) pendedahan itu dibuat mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya atau mengikut peraturan. (4) Rujukan dalam seksyen ini kepada pendedahan apa-apa maklumat tentang suatu notis atau saman termasuklah rujukan kepada - (a) suatu pendedahan tentang kewujudan atau jenis notis atau saman atau siasatan yang dengannya ia ada kaitan; dan (b) suatu pendedahan apa-apa maklumat kepada seseorang yang daripadanya orang itu boleh dengan munasabahnya dijangka untuk membuat inferens tentang kewujudan atau jenis notis atau saman atau siasatan yang dengannya ia ada kaitan. Kekebalan dan aku janji 54. (1) Suruhanjaya boleh mengesyorkan kepada Pendakwa Raya bahawa seseorang itu diberi kekebalan daripada didakwa. (2) Suruhanjaya boleh mengesyorkan kepada Pendakwa Raya bahawa seseorang itu diberi aku janji bahawa: (a) sesuatu jawapan, pernyataan atau pendedahan dalam prosiding di hadapan Suruhanjaya; atau (b) fakta sesuatu pendedahan atau pengemukaan sesuatu dokumen dalam prosiding di hadapan Suruhanjaya itu, tidak akan digunakan dalam keterangan terhadap orang itu, (3) Rujukan dalam seksyen ini kepada prosiding di hadapan Suruhanjaya termasuklah suatu rujukan kepada perbicaraan di hadapan Suruhanjaya atau mana-mana aktiviti siasatan lainnya yang membabitkan Suruhanjaya atau seseorang pegawai Suruhanjaya. Kerahsiaan 55. (1) Melainkan bagi mana-mana tujuan Akta ini atau bagi tujuan apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, orang yang dinyatakan dalam subseksyen (3) tidak boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang telah diperolehi oleh beliau dalam menjalankan kewajipannya dan yang tidak disiarkan, mengikut Akta ini. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. (3) Seksyen ini terpakai kepada: (a) seseorang yang pada masa ini atau dahulu merupakan seorang pegawai Suruhanjaya; (b) seseorang yang pada masa ini atau dahulu merupakan seorang peguambela dan peguamcara yang dilantik untuk membantu Suruhanjaya atau yang pada masa ini atau dahulu merupakan seseorang yang membantu, atau melaksanakan perkhidmatan untuk atau bagi pihak peguambela dan peguamcara itu dalam perjalanan fungsi peguambela dan peguamcara selaku peguam kepada Suruhanjaya; dan (c) seseorang atau badan jang dirujuk dalam seksyen 5 sehingga 10 dan seksyen 17. (4) Seseorang yang baginya seksyen ini terpakai tidak boleh dikehendaki: (a) mengemukakan dalam mana-mana mahkamah apa-apa dokumen atau benda lain yang telah sampai kepada milikan, jagaan atau kawalan orang itu dengan sebab, atau dalam perjalanan, menjalankan fungsi orang itu di bawah Akta ini; atau (b) untuk mendedahkan atau menyampaikan kepada mana-mana mahkamah apa-apa perkara atau benda yang telah sampai kepada makluman orang itu dalam perjalanan fungsi orang itu di bawah Akta ini, melainkan bagi tujuan apa-apa prosiding tatatertib di bawah mana-mana undang-undang yang dibuat menurut Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan dan seksyen 96 Akta Polis. (5) Meskipun terdapatnya seksyen ini, seseorang yang baginya seksyen ini terpakai boleh mendedahkan mana-mana maklumat sedemikian: (a) bagi tujuan dan mengikut Akta ini; (b) bagi tujuan: (i) suatu pendakwaan; (ii) prosiding tatatertib; atau yang timbul daripada sesuatu siasatan yang dikendalikan oleh Suruhanjaya dalam menjalankan fungsinya; (c) mengikut sesuatu arahan Pesuruhjaya atau Setiausaha Suruhanjaya, jika Pesuruhjaya atau Setiausaha Suruhanjaya memperakui bahawa adalah perlu untuk berbuat demikian demi kepentingan awam; atau (d) kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang telah ditetapkan sebagaimana yang diarahkan oleh seseorang Pesuruhjaya atau Setiausaha Suruhanjaya. (6) Sebuah pihak berkuasa atau orang yang kepadanya maklumat didedahkan di bawah subseksyen (5), dan mana-mana orang atau pekerja di bawah kawalan pihak berkuasa atau orang itu, adalah tertakluk kepada hak, keistimewaan, obligasi dan liabiliti yang sama di bawah subseksyen (1), (2) dan (3) berhubung dengan maklumat itu seolaholah beliau merupakan orang yang baginya seksyen ini terpakai dan telah memperoleh maklumat dalam menjalankan fungsi di bawah Akta ini. (7) Dalam seksyen ini: "mahkamah" termasuk apa-apa tribunal, pihak berkuasa atau orang yang mempunyai kuasa untuk menghendaki supaya dokumen dikemukakan atau soalansoalan dijawab. "kemuka" termasuklah memberi akses kepada. Peruntukan tentang kerahsiaan dalam Akta lain 56. Semua peruntukan berkaitan kerahsiaan dalam mana-mana Akta Parlimen tidak boleh terpakai bagi pendedahan maklumat atau pengemukaan apa-apa dokumen atau benda lain, menurut kehendak yang dibuat oleh atau di bawah Akta ini. BAHAGIAN IX PERUNTUKAN BERKAITAN DENGAN KETUA POLIS NEGARA Keputusan Suruhanjaya untUk menyiasat aduan 57. (1) Suruhanjaya boleh membuat keputusan untuk menyiasat apa-apa aduan atau untuk mengambil alih siasatan apa-apa aduan daripada Ketua Polis Negara. (2) Suruhanjaya boleh mengarahkan Ketua Polis Negara supaya menyiasat atau meneruskan siasatan aduan tindakan oleh polis tidak mencakupi. Penamatan siasatan polis 58. (1) Jika Ketua Polis Negara diarahkan di bawah seksyen 57 supaya tidak menyiasat sesuatu aduan: (a) Ketua Polis Negara tidak boleh sekali-kali memulakan apa-apa siasatan sedemikian atau, jika siasatan sedemikian telah bermula, mestilah menghentikan siasatan itu; (b) Ketua Polis Negara mestilah mengambil segenap langkah yang munasabah bagi memastikan yang apa-apa siasatan sedemikian tidak dikendalikan oleh seseorang pegawai polis; dan (c) arahan untuk tidak menyiasat itu membebaskan Ketua Polis Negara dan pegawai polis yang lain daripada sebarang kewajipan berhubung dengan jenayah dan pemeliharaan keamanan setakat yang ia berkaitan dengan siasatan itu atau dengan tindakan membawa pelaku kesalahan itu ke hadapan mahkamah untuk diurus mengikut undang-undang. (2) Subseksyen (1) tidak menghalang suatu siasatan berkaitan dengan suatu kesalahan yang dikatakan telah dilakukan berdasarkan peraturan yang dibuat antara Suruhanjaya dan Ketua Polis Negara. (3) Walaupun terdapat apa-apa perkara yang bertentangan di dalam Bahagian ini, suatu siasatan oleh Ketua Polis Negara itu boleh dimulakan atau disambung semula jika Suruhanjaya memaklumkan kepada Ketua Polis Negara bahawa ia telah melengkapkan siasatannya terhadap aduan itu atau bahawa ia telah membuat keputusan untuk menghentikan siasatan berkenaan. Suruhanjaya tidak dikehendaki untuk mendedahkan apa-apa perkara 59. Tidak ada apa-apa pun di dalam Bahagian ini yang boleh ditafsirkan sebagai menghendaki Suruhanjaya supaya mendedahkan apa-apa perkara kepada Ketua Polis Negara. Rujukan perkara kepada Ketua Polis Negara 60. (1) Suruhanjaya boleh sebelum atau selepas menyiasat suatu perkara (sama ada atau tidak siasatan itu telah lengkap), merujukkan perkara itu untuk siasatan atau tindakan kepada Ketua Polis Negara. (2) Suruhanjaya boleh, apabila merujuk suatu perkara, mengesyorkan tindakan apakah yang seharusnya diambil oleh Pasukan itu dan tempoh masa tindakan itu sepatutnya diambil. (3) Suruhanjaya boleh menyampaikan kepada Ketua Polis Negara maklumat yang telah diperoleh oleh Suruhanjaya semasa melakukan siasatan tentang perlakuan yang berkaitan dengan perkara itu. Laporan kepada Suruhanjaya 61. (1) Suruhanjaya boleh, apabila merujukkan suatu perkara di bawah seksyen 60 atau apabila menjalankan siasatan terhadap apa-apa aduan, menghendaki Ketua Polis Negara atau pegawai polis atau pegawai-pegawai polis lainnya atau unit tertentu atau bahagian lain dalam Pasukan supaya mengemukakan kepada Suruhanjaya, dalam masa tertentu seperti yang diarahkan oleh Suruhanjaya, suatu laporan atau laporan-laporan dan kertas-kertas siasatan berkaitan dengan perkara atau aduan dan tindakan yang diambil oleh Pasukan. (2) Sesuatu laporan itu mestilah mengikut jenis tertentu sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya. Tindakan lanjut oleh Suruhanjaya 62. (1) Jika Suruhanjaya tidak berpuas hati bahawa Pasukan telah mengambil tindakan yang wajar dan sesuai berhubung dengan suatu perkara yang dirujukkan di bawah seksyen 57, 58 dan 59, Suruhanjaya mestilah memberi alasan kepada Ketua Polis Negara mengapa Suruhanjaya tidak berpuas hati dan mestilah memberi peluang kepada Ketua Polis Negara untuk membuat ulasan dalam tempoh yang ditetapkan. (2) Jika, selepas mempertimbangkan apa-apa ulasan yang diterima daripada Ketua Polis Negara dalam tempoh yang ditetapkan itu, Suruhanjaya masih tidak berpuas hati, Suruhanjaya boleh mengemukakan suatu laporan kepada Menteri menyatakan syor terbabit dan alasan mengapa ia tidak berpuas hati itu, bersama-sama dengan apa-apa ulasan daripada Ketua Polis Negara dan Suruhanjaya. (3) Jika, selepas mempertimbangkan apa-apa ulasan yang diterima daripada Menteri dalam masa 28 hari selepas laporan dikemukakan kepada Menteri di bawah subseksyen (2), Suruhanjaya masih berpendapat bahawa syor itu sepatutnya diterima pakai, Suruhanjaya boleh membuat suatu laporan kepada Parlimen. Tanggungjawab pasukan 63. Menjadi kewajipan Pasukan untuk mematuhi apa-apa syarat atau arahan Suruhanjaya di bawah peruntukan Akta ini. Pembatalan rujukan, syor dll. 64. (1) Suruhanjaya boleh membatalkan suatumjukan yang dibuat di bawah seksyen 60. (2) Suruhanjaya boleh membatalkan atau mengubah suatu syor, syarat atau arahan Suruhanjaya di bawah seksyen 57, 58 & 59. (3) Suruhanjaya boleh mengubah pada bila-bila masa jua tempoh sesuatu syarat di bawah seksyen 57, 58 & 59 di mana ia dikendaki dipatuhi. BAHAGIAN X PERUNTUKAN BERKAITAN DENGAN PIHAK BERKUASA, PENDAKWA RAYA, BADAN PENCEGAH RASUAH DAN KETUA AUDIT NEGARA Rujukan perkara kepada Pihak Berkuasa 65. (1) Suruhanjaya boleh, sebelum atau selepas menyiasat suatu perkara (sama ada atau tidak siasatan itu telah lengkap), merujukkan perkara itu untuk siasatan atau tindakan kepada mana-mana pihak berkuasa atau sesebuah agensi kerajaan atau agensi separa kerajaan (dirujuk di dalam seksyen ini sebagai "pihak berkuasa berkaitan") yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya dalam hal keadaan itu. (2) Suruhanjaya boleh, apabila merujukkan suatu perkara itu, mengesyorkan apakah tindakan yang seharusnya diambll oleh pihak berkuasa berkaitan dan tempoh masa tindakan seharusnya diambil. (3) Suruhanjaya boleh menyampaikan kepada pihak berkuasa berkaitan apa-apa maklumat yang telah diperoleh oleh SurUhanjaya semasa men!alankan siasatan tentang perlakuan yang berkaitan dengan perkara berkenaan. (4) Jika Suruhanjaya menyampaikan maklumat kepada sesebuah pihak berkuasa berkaitan di bawah seksyen ini, pihak berkuasa itu adalah tertakluk kepada peruntukan tentang kerahsiaan dalam seksyen 55 yang berkaitan dengan maklumat berkenaan. (5) Suruhanjaya boleh membatalkan suatu rujukan di bawah seksyen ini. Rujukan perkara kepada Pendakwa Raya 66. (1) Suruhanjaya boleh, sebelum atau selepas menyiasat sesuatu perkara (sama ada atau tidak siasatan itu telah lengkap), merujukkan suatu perkara itu kepada Pendakwa Raya untuk tindakan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 [Akta 613] atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkaitan dengan perampasan atau mendapatkan semula hasil daripada jenayah. (2) Suruhanjaya boleh memasuki satu peraturan dengan Pendakwa Raya berkaitan dengan kelas atau jenis perkara yang mungkin boleh ditangani dengan wajar oleh pihak-pihak berkaitan dalam peraturan berkenaan. (3) Sesuatu peraturan itu tidak menghalang mana-mana pihak dalam peraturan itu daripada menjalankan apa-apa fungsi mereka. Laporan kepada Suruhanjaya 67. Suruhanjaya boleh, apabila merujukkan sesuatu perkara di bawah seksyen 65 dan 66, meminta pihak berkuasa berkaitan atau Pendakwa Raya supaya mengemukakan kepada Suruhanjaya suatu laporan atau laporan-laporan berkaitan dengan perkara dan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa berkaitan atau Pendakwa Raya itu. Tindakan lanjutan oleh Suruhanjaya 68. (1) Jika Suruhanjaya tidak berpuas hati bahawa pihak berkuasa berkaitan atau Pendakwa Raya telah mengambil tindakan yang wajar dan sesuai berhubung dengan suatu perkara yang dirujukkan di bawah seksyen 65 dan 66, Suruhanjaya mestilah memaklumkan kepada pihak berkuasa berkaitan atau Pendakwa Raya itu alasan mengapa Suruhanjaya tidak berpuas hati dan mestilah memberi peluang kepada pihak berkuasa berkaitan atau Pendakwa Raya untuk membuat ulasan dalam tempoh yang ditetapkan. (2) Jika, selepas mempertimbangkan apa-apa ulasan yang diterima daripada pihak berkuasa berkaitan atau Pendakwa Raya dalam masa yang ditetapkan itu, Suruhanjaya masih tidak berpuas hati, Suruhanjaya boleh mengemukakan suatu laporan kepada Menteri yang bertanggungjawab terhadap pihak berkuasa berkaitan atau, dalam hal Pendakwa Raya, kepada Perdana Menteri, membentangkan syor berkaitan dan alasan mengapa ia tidak berpuas hati, disertakan dengan apa-apa ulasan daripada pihak berkuasa berkaitan atau Jaripada Pendakwa Raya dan Suruhanjaya. (3) Jika, selepas mempertimbangkan apa-apa ulasan yang diterima daripada Menteri bagi pihak berkuasa berkaitan atau Perdana Menteri dalam masa 28 hari selepas laporan itu dikemukakan kepada Menteri berkenaan yang bertanggungjawab bagi pihak berkuasa berkaitan atau kepada Perdana Menteri di bawah subseksyen (2), Suruhanjaya masih berpendapat bahawa syor itu sepatutnya diterima pakai, Suruhanjaya boleh membuat suatu laporan kepada Parlimen. Peranan pihak berkuasa dan Pendakwa Raya 69. Pihak berkuasa berkaitan atau Pendakwa Raya boleh berurusan dengan suatu perkara yang dirujukkan kepadanya di bawah seksyen 65 dan 66 mengikut cara tertentu sebagaimana yang difikirkan sesuai setelah mengambil kira dan tertakluk kepada apa-apa kehendak berkanun yang terpakai. Mengatur hubungan antara Suruhanjaya dan BPR 70. (1) Suruhanjaya dan Ketua Pengarah BPR boleh memasuki sesuatu peraturan tentang - (a) perkara-perkara yang berkaitan di mana B:PR akan memaklumkan Suruhanjaya jika BPR mengesyaki wujudnya salah laku polis; dan (b) perkara-perkara yang berkaitan di mana Suruhanjaya akan memaklumkan BPR jika Suruhanjaya mengesyaki wujudnya perlakuan rasuah seperti yang ditakrif di dalam Akta Pencegahan Rasuah; (c) perkara-perkara yang BPR akan menyiasat atau selainnya menanganinya jika perlakuan itu membabitkan kedua-dua pegawai polis dan juga pegawai-pegawai lain atau pekerja badan awam atau pihak berkuasa berkanun; dan (d) perkara-perkara yang Suruhanjaya akan menyiasat atau selainnya menanganinya jika perlakuan itu membabitkan kedua-dua pegawai polis dan pegawai-pegawai yang lain atau pekerja sesebuah badan awam atau pihak berkuasa berkanun. (2) Suruhanjaya dan BPR diberi kuasa dan dikehendaki menjalankan fungsi mereka selaras dengan apa-apa perkiraan berkaitan yang telah dimeterai di bawah seksyen ini. Peranan lain BPR tidak terjejas 71. Tidak ada apa-apa pun dalam Akta ini yang menghalang BPR daripada menjalankan peranan mendidik dan menasihati dan semua fungsinya dalam Akta Pencegahan Rasuah meskipun ia mungkin membabitkan pegawai-pegawai polis. Hubungan dengan Ketua Audit Negara 72. Pesuruhjaya boleh memeterai perkiraan dengan Ketua Audit Negara berkaitan dengan identiti dan kelayakan (termasuk pelepasan keselamatan) orang yang akan mengaudit buku-buku dan akaun Suruhanjaya atau menjalankan apa-apa fungsi lain Ketua Audit Negara berkaitan dengan Suruhanjaya. BAHAGIAN XI LAPORAN OLEH SURUHANJAYA Laporan tentang siasatan 73. (1) Suruhanjaya boleh menyediakan laporan berhubung dengan apa-apa perkara yang telah atau yang merupakan subjek siasatan. (2) Suruhanjaya hendaklah menyediakan laporan berhubung dengan perkara-perkara yang terhadapnya Suruhanjaya telah menjalankan perbicaraan terbuka. (3) Suruhanjaya hendaklah memberi laporan yang, disediakan di bawah seksyen ini dengan seberapa segera yang boleh kepada Parlimen selepas Suruhanjaya menyudahkan pembabitannya dalam perkara berkenaan. (4) Suruhanjaya boleh menangguhkan penyediaan suatu laporan di bawah seksyen ini jika ia berpuas hati bahawa adalah elok untuk berbuat demikian demi kepentingan awam. Kandungan laporan kepada Parlimen 74. (1) Suruhanjaya diberi kuasa untuk merangkumkan dalam sesebuah laporan di bawah seksyen 73: (a) pernyataan tentang apa-apa penilaian, pendapat dan syornya; dan (b) pernyataan tentang alasan Suruhanjaya tentang apa-apa penilaian, pendapat dan syornya itu. (2) Laporan itu mestilah memasukkan, berhubung dengan setiap orang "yang terjejas", suatu pernyataan sama ada atau tidak dalam semua hal keadaan, Suruhanjaya berpendapat bahawa pertimbangan seharusnya diberi kepada yang berikut: (a) pendakwaan seseorang bagi suatu kesalahan jenayah khusus; (b) pengambilan tindakan terhadap orang itu bagi suatu kesalahan tatatertib khusus; (c) pengambilan tindakan terhadap orang itu sebagai seorang pegawai polis atau berdasarkan alasan khusus, dengan maksud untuk memecat, untuk tidak menggunakan khidmat atau selainnya menamatkan khidmat pegawai polis berkenaan; (d) pengambilan tindakan mengkaji semula terhadap orang itu sebagai seorang pegawai polis. (3) Subseksyen (2) tidak membatasi jenis pernyataan yang boleh terkandung di dalam suatu laporan membabitkan mana-mana orang "yang terjejas" sedemikian dan tidak menghalang suatu laporan daripada mengandungi suatu pernyataan yang diperihalkan dalam subseksyen itu yang berhubung dengan mana-mana orang lain. (4) Dalam seksyen ini, seseorang "yarg terjejas" itu adalah seseorang yang terhadapnya, pada pendapat Suruhanjaya, dakwaan yang substansial telah dibuat dalam perjalanan, atau yang berkaitan dengan siasatan berkenaan. Laporan khas 75. Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, membuat suatu laporan khas kepada Parlimen tentang apa-apa perkara dasar pentadbiran atau dasar am berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya. Laporan tahunan 76. (1) Suruhanjaya hendaklah menyediakan suatu laporan dalam suatu tahun kalendar dalam tempoh tujuh (7) bulan selepas tahun berakhir 31 Disember. (2) Suruhanjaya hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan di Parlimen pada sidangnya yang akan datang, (3) Suruhanjaya hendaklah, sebelum mengemukakan laporan itu kepada Yang di-Pertuan Agong, mengemukakan suatu salinannya kepada Perdana Menteri. (4) Suatu laporan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini mestilah termasuk perkara yang berikut - (a) suatu perihalan tentang jenis perkara-perkara yang dirujukkan kepada Suruhanjaya; (b) suatu perihalan tenlang jenis perkara-perkara yang disiasat oleh Suruhanjaya; (c) suatu penilaian tentang maklum balas Ketua Polis Negara, pegawai polis, pihak-pihak berkuasa berkaitan lainnya dan pendakwa Raya terhadap penemuan dan syor Suruhanjaya; (d) apa-apa syor terhadap penukaran undang-undang di dalam negara, atau untuk tindakan pentadbiran, yang difikirkan oleh Suruhanjaya seharusnya dibuat akibat penjalanan fungsinya: (e) ciri umum dan takat apa-apa maklumat yang dilengkapkan di bawah Akta ini oleh Suruhanjaya dalam tahun berkenaan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang; (f) takat mana siasatannya telah membawa kepada pendakwaan atau tindakan tatatertib; (g) bilangan waran geledah yang dikeluarkan masing-masing oleh Pesuruhjaya atau Setiausaha Suruhanjaya di bawah Akta ini dalam tahun itu; (h) suatu perihalan tentang aktiviti-aktivitinya dalam tempoh tahun itu yang berhubung dengan fungsinya untuk mendidik dan memberi nasihat. Laporan berkaitan dengan pihak berkuasa 77. (1) Suruhanjaya boleh menyediakan kepada Parlimen suatu laporan yang membentangkan suatu syor yang dirujuk dalam seksyen 62 dan 68 yang pada pendapatnya seharusnya diterima pakai dan alasan-alasan bagi pendapatnya itu. (2) Laporan tertentu tidak boleh sekali-kali disediakan sehingga selepas tempoh 28 hari yang dirujuk dalam subseksyen 62(3) dan subseksyen 68(3) sudah berlalu. Peruntukan berkaitan dengan laporan 78. (1) Sesalinan suatu laporan yang disediakan kepada Parlimen di bawah Bahagian ini hendaklah dibentangkan di Parlimen pada sidangnya yang akan datang. (2) Dalam hal suatu laporan Suruhanjaya, Suruhanjaya boleh merangkumkan di dalamnya suatu syor bahawa laporan itu hendaklah dihebahkan kepada orang ramai. (3) Jika suatu laporan itu termasuk di dalamnya suatu syor supaya laporan itu dihebahkan kepada orang ramai, Parlimen boleh menghebahkannya tidak kira sama ada Parlimen sedang bersidang atau tidak dan tidak kira sama ada laporan itu telah dibentangkan di Parlimen atau belum. (4) Jika laporan sedemikian dihebahkan kepada orang ramai oleh Parlimen sebelum ia dibentangkan di Parlimen, ia menggamit keistimewaan dan kekebalan yang sama seolah-olah ia telah dibentangkan di Parlimen. (5) Parlimen tidak perlu menyiasat sama ada semua atau apa-apa syarat terdahulu telah dipatuhi berhubung dengan laporan yang kononnya telah dibuat dan disediakan mengikut Akta ini. (6) Walau apa pun yang diperuntukkan dalam seksyen ini dan seksyen 75 dan 76, Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa mengemukakan suatu laporan kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai apa-apa perkara yang timbul daripada pelaksanaan mana-mana kewajipannya atau penjalanan mana-mana kuasanya di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan hendaklah juga mengemukakan suatu salinan mana-mana laporan sedemikian kepada Perdana Menteri. BAHAGIAN XII KESALAHAN Melakukan halangan terhadap Suruhanjaya 79. Mana-mana orang yang - (a) tanpa sebab yang munasabah, dengan sengaja menghalang, merintangi, menentang atau mengancam Suruhanjaya atau seseorang pegawai Suruhanjaya, dalam menjalankan fungsi di bawah Akta ini; (b) tanpa sebab yang munasabah, enggan atau dengan sengaja gagal untuk mematuhi apa-apa syarat sah Suruhanjaya atau seseorang pegawai Suruhanjaya, di bawah Akta ini; (c) dengan sengaja membuat suatu pernyataan yang palsu kepada atau yang mengelirukan, atau membuat percubaan untuk mengelirukan, Suruhanjaya atau seseorang pegawai Suruhanjaya, dalam menjalankan fungsi di bawah Akta ini; atau (d) mengganggu suatu perbicaraan di hadapan Suruhanjaya; melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Perbicaraan terbuka dan tertutup 80. Seseorang yang hadir dalam suatu perbicaraan yang bertentangan dengan seksyen 32(4) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Kegagalan untuk hadir dan lain-lain 81. (1) Seseorang yang dipanggil supaya menghadirkan diri atau yang hadir di hadapan Suruhanjaya dalam sesuatu perbicaraan tidak boleh sekali-kali, tanpa alasan yang munasabah, gagal: (a) untuk hadir di hadapan Suruhanjaya mengikut saman berkenaan; (b) untuk mengangkat sumpah atau membuat ikrar; (c) untuk menjawab apa-apa soalan relevan dengan suatu siasatan yang diajukan kepada orang itu oleh Pesuruhjaya atau oleh orang lain yang mempengerusikan sidang dalam perbicaraan berkenaan; atau (d) untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang ada dalam jagaan atau kawalan orang itu yang orang itu dikehendaki oleh saman tersebut atau oleh Pesuruhjaya yang mempengerusikan sidang itu supaya mengemukakannya. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. (3) Menjadi suatu pembelaan terhadap sesuatu pendakwaan kerana kegagalan tanpa sebab yang munasabah untuk mengeluarkan suatu dokumen atau benda lain jika defendan membuktikan bahawa dokumen atau benda lain itu tidak relevan dengan suatu siasatan. (4) Mana-mana orang yang tanpa sebab yang munasabah gagal untuk mematuhi suatu syarat yang berdasarkannya pelepasan orang itu di bawah seksyen 39 dibuat, melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara tidak melebihi tempoh dua tahun atau keduaduanya sekali. Keterangan yang palsu atau yang mengelirukan 82. Mana-mana orang yang, dalam suatu perbicaraan di hadapan Suruhanjaya, memberi keterangan yang, dalam pengetahuan orang itu, palsu atau mengelirukan dari segi butirannya yang material, melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Kesalahan berkaitan dengan dokumen atau benda lain 83. (1) Mana-mana orang yang, mengetahui bahawa mana-mana dokumen atau benda lain itu diperlukan atau boleh jadi diperlukan berkaitan dengan suatu siasatan, dengan sengaja memusnahkannya atau menjadikannya tidak dapat dikenal pasti atau, dalam hal suatu dokumen, menjadikannya tidak dapat dibaca, tidak dapat ditafsirkan atau tidak dapat digunakan, dengan niat untuk menghalangnya daripada digunakan berkaitan dengan siasatan itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. (2) Mana-mana orang yang, dengan niat untuk melengah-lengahkan atau menghalang pengendalian oleh Suruhanjaya terhadap suatu siasatan: (a) memusnahkan atau mengubah mana-mana dokumen atau benda lain berkaitan dengan perkara pokok siasatan itu; atau (b) mengirimkan atau membuat percubaan untuk mengirimkan, atau berkonspirasi dengan mana-mana orang lain untuk mengirimkan, ke luar Malaysia apa-apa dokumen atau benda lain sedemikian, atau apa-apa harta walau apa pun perihalannya milik atau yang sedang dilupuskan oleh atau di bawah kawalan mana-mana orang yang hal ehwalnya merupakan perkara pokok siasatan itu; melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. (3) Mana-mana orang yang, dengan niat melengah-lengahkan atau menghalang pengendalian oleh Suruhanjaya apa-apa siasatan, atau dengan niat untuk mengelirukan Suruhanjaya, mereka-reka apa-apa dokumen atau benda lain melakukan suatu kesalahan, jika dokumen atau benda lain itu dikemukakan dalam keterangan kepada Suruhanjaya atau dikemukakan dalam apa yang dimaksudkan sebagai mematuhi syarat di bawah seksyen 23 atau 24 dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. (4) Jika di dalam mana-mana pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (2), telah dibuktikan bahawa orang yang dituduh dengan kesalahan itu telah memusnahkan atau mengubah mana-mana dokumen atau benda lain, atau telah mengirimkan atau membuat percubaan untuk mengirimkan, atau berkonspirasi untuk mengirimkan, ke luar Malaysia apa-apa dokumen atau benda lain sedemikian, beban membuktikan bahawa dalam berbuat demikian orang itu tidak bertindak melanggar seksyen ini terletak pada orang itu. Mendapatkan testimoni palsu daripada saksi 84. Seseorang yang mendapatkan atau menyebabkan atau membuat percubaan atau berkonspirasi untuk mendapatkan atau menyebabkan: (a) pemberian testimoni palsu dalam suatu perbicaraan di hadapan Suruhanjaya; atau (b) apa yang kononnya merupakan pematuhan dengan suatu notis yang disampaikan kepada mana-mana orang di bawah seksyen 23, penyediaan maklumat yang, dengan pengetahuan orang yang kepadanya ia disampaikan, palsu atau mengelirukan dari segi butiran materialnya, melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Memberi sogokan kepada saksi 85. Seseorang yang - (a) memberi, mengurniakan atau memperoleh, atau berjanji untuk memberi atau mengurniakan, atau untuk mendapatkan atau membuat, percubaan untuk mendapatkan, apa-apa harta atau manfaat walau apa jua jenisnya kepada, ke atas atau untuk mana-mana orang, berdasarkan apa-apa perjanjian atau aku janji bahawa mana-mana orang yang dipanggil atau yang hendak dipanggil sebagai seorang saksi di hadapan Suruhanjaya akan memberi testimoni yang palsu atau menyembunyikan testimoni yang benar; (b) membuat percubaan dengan apa jua cara untuk mendorong seseorang yang dipanggil atau hendak dipanggil di hadapan Suruhanjaya untuk memberi testimoni yang palsu atau menyembunyikan testimoni yang benar; atau (c) meminta, menerima atau mendapatkan, atau bersetuju atau membuat percubaan untuk menerima atau mendapatkan, apa-apa harta atau manfaat walau apa jua !enisnya untuk dirirya, atau untuk mana-mana orang lain, berdasarkan apa-apa perjanjian atau aku janji bahawa mana-mana orang akan, sebagai seorang saksi di hadapan Suruhanjaya, memberi testimoni yang palsu, melakukan satu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda dengan tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Melakukan fraud terhadap saksi 86. Seseorang yang mengamalkan apa-apa fraud atau penipuan terhadap, atau dengan sengaja membuat atau mempamerkan apa-apa pernyataan, representasi atau tulisan palsu kepada, mana-mana orang - (a) yang telah dipanggil atau yang akan dipanggil sebagai seorang saksi di hadapan Suruhanjaya dengan niat untuk menjejaskan testimoni orang itu sebagai seorang saksi; atau (b) yang dikehendaki mematuhi sesuatu notis di bawah seksyen 23 atau 24 dengan niat untuk menjejaskan pematuhan orang itu dengan notis berkenaan, melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Menghalang saksi daripada menghadiri atau mengancam saksi 87. (1) Mana-mana orang yana - (a) dengan sengaja menghalang atau dengan sengaja berusaha menghalang mana- mana orang yang dipanggil supaya hadir sebagai saksi di hadapan Suruhanjaya daripada menghadirkan diri sebagai seorang saksi atau daripada mengemukakan apa-apa dalam keterangan menurut suatu saman untuk kehadiran; atau (b) mengancam untuk melakukan atau untuk menyebabkan, atau melakukan atau menyebabkan, apa-apa kecederaan atau kemudaratan pada mana-mana orang dengan niat untuk mempengaruhi seseorang yang dipanggil sebagai seorang saksi di hadapan Suruhanjaya itu supaya memberi testimoni yang palsu atau supaya menyembunyikan testimoni yang benar atau supaya tidak menghadirkan diri sebagai seorang saksi atau supaya tidak mengemukakan apa-apa dalam keterangan menurut suatu saman untuk kehadiran, melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. (2) Mana-mana orang yang - (a) dengan sengaja menghalang atau dengan sengaja berusaha untuk menghalang mana-mana orang daripada mematuhi syarat dibawah seksyen 23 atau 24; atau (b) mengancam untuk melakukan atau untuk menyebabkan, atau melakukan atau menyebabkan, apa-apa kecederaan atau mudarat pada mana-mana orang dengan niat untuk mempengaruhi seseorang itu supaya tidak mematuhi syarat di bawah seksyen 23 atau 24 itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. (3) Suatu rujukan dalam subseksyen (1) kepada seseorang yang dipanggil supaya hadir sebagai seorang saksi di hadapan Suruhanjaya termasuklah suatu rujukan kepada seseorang yang berada dalam tahanan di bawah suatu waran di bawah seksyen 38(5) atau yang, setelah dilepaskan di bawah subseksyen itu dengan syarat bahawa orang itu menghadirkan diri dan melaporkan diri di hadapan Suruhanjaya, masih tertakluk kepada syarat itu. Mendatangkan kecederaan kepada saksi atau kepada orang yang membantu Suruhanjaya 88. (1) Mana-mana orang yang menggunakan, menyebabkan, mengenakan atau memperoleh dengan menggunakan keganasan, hukuman, kerosakan, kerugian atau keburukan pada mana-mana orang untuk atau atas sebab - (a) beliau membantu Suruhanjaya; atau (b) apa-apa keterangan yang diberi oleh beliau di hadapan Suruhanjaya melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. (2) Dalam seksyen ini, rujukan kepada seseorang yang membantu Suruhanjaya adalah suatu rujukan kepada seseorang yang: (a) telah menghadiri, sedang menghadiri atau hendak menghadiri sebagai seorang saksi di hadapan Suruhanjaya; atau (b) telah mematuhi atau bercadang untuk mematuhi sesuatu syarat di bawah seksyen 23 atau 24; atau (c) telah membantu, sedang membantu atau hendak membantu Suruhanjaya dalam apa jua cara lain. Pemecatan saksi, atau orang yang membantu Suruhanjaya, oleh majikan 89. (1) Seseorang majikan yang memecat mana-mana pekerja daripada penggajiannya, atau menjejaskan mana-mana pekerja dalam penggajiannya, untuk atau atas alasan pekerja itu membantu Suruhanjaya, melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. (2) Dalam seksyen ini, suatu rujukan kepada seseorang yang membantu Suruhanjaya adalah suatu rujukan kepada seseorang yang: (a) telah menghadiri, sedang menghadiri atau hendak menghadiri sebagai seorang saksi di hadapan Suruhanjaya; atau (b) telah mematuhi atau bercadang untUk mematuhi sesuatu syarat di bawah seksyen 23 atau 24; atau (c) telah membantu, sedang membantu atau hendak membantu Suruhanjaya dalam apa jua cara lain. (3) Dalam mana-mana prosiding untuk suatu kesalahan terhadap seksyen ini, beban terletak pada majikan berkenaan untuk membuktikan bahawa mana-mana pekerja yang ditunjukkan sebagai telah dipecat atau dijejaskan dalam pekerjaan beliau telah dipecat atau dijejaskan demikian atas sebab selain alasan-alasan yang disebut dalam subseksyen (1). Menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya 90. (1) Mana-mana orang yang secara langsung atau tidak langsung membuat representasi bahawa beliau merupakan seorang pegawai Suruhanjaya sedangkan orang itu bukankah seorang pegawai Suruhanjaya, melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. (2) Bagi tujuan subsekyen(1), seseorang itu membuat representasi bahawa bellau merupakan seorang pegawai Suruhanjaya jika orang itu melakukan atau mengatakan sesuatu, atau menyebabkan, membenarkan atau menanggung sesuatu yang hendak dilakukan atau hendak diperkatakan, yang dengan itu representasi dibuat, atau dengan itu suatu kepercayaan boleh terdorong, bahawa beliau merupakan seorang pegawai Suruhanjaya. Sogokan oleh pegawai Suruhanjaya 91. (1) Mana-mana pegawai Suruhanjaya yang secara rasuah meminta, menerima atau mendapatkan, atau bersetuju untuk menerima atau mendapatkan, apa-apa wang, harta atau manfaat walau apa jua jenisnya untuk dirinya, atau untuk orang lain - (a) untuk melepaskan atau mengabaikan kewajipan beliau, atau mempengaruhi beliau, dalam menjalankan fungsi beliau selaku seorang pegawai Suruhanjaya; atau (b) atas alasan apa-apa yang telah dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan, atau yang hendak dilakukan selepas itu atau yang hendak ditinggalkan daripada dilakukan selepas itu, oleh beliau dalam menjalankan fungsi-fungsinya itu; atau (c) untuk menggunakan, atau mengambil kesempatan daripada kedudukan beliau sebagai seorang pegawai Suruhanjaya bagi memperoleh keuntungan atau manfaat secara yang tidak betul untuk, atau bagi memudahkan cara perlakuan sesuatu kesalahan oleh, orang lain, melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. (2) Mana-mana orang yang secara rasuah memberi kepada, mengurniakan ke atas, atau memperoleh untuk, atau berjanji atau menawarkan untuk memberi kepada, mengurniakan ke atas, atau memperoleh untuk, atau membuat percubaan memperoleh untuk, seseorang pegawai Suruhanjaya, atau bagi mana-mana orang lain, apa-apa wang, harta atau manfaat walau apa jua jenisnya - (a) bagi orang itu yang mempunyai fungsi-fungsi itu supaya melepaskan atau mengabaikan kewajipannya, atau untuk mempengaruhi beliau dalam menjalankan fungsi beliau sebagai pegawai Suruhanjaya; (b) atas sebab apa-apa jua yang telah dilakukan, atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh beliau dalam menjalankan fungsi-fungsi itu; atau (c) bagi pegawai Suruhanjaya itu untuk menggunakan atau mengambil kesempatan daripada kedudukan beliau sebagai seorang pegawai untuk dengan secara yang tidak betul memperoleh keuntungan atau manfaat untuk, atau memudahkan cara perlakuan sesuatu kesalahan oleh; orang yang mula-mula dirujuk dalam subseksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Penghinaan 92, (1) Mana-mana orang yang - (a) setelah disampaikan kepadanya saman supaya hadir di hadapan Suruhanjaya sebagai seorang saksi, gagal untUk hadir mematuhi saman berkenaan; (b) setelah dilepaskan di bawah seksyen 38(5) atas syarat (di bawah seksyen 39 (1 )(a)) supaya orang itu hadir dan melaporkan diri di hadapan Suruhanjaya, gagal hadir atau melaporkan dirinya sedemikian; (c) setelah disampaikan kepadanya saman supaya hadir di hadapan Suruhanjaya, gagal untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang ada dalam jagaan atau kawalan orang itu yang orang itu dikehendaki oleh saman berkenaan supaya mengemukakannya; (d) sedang dipanggil atau diperiksa sebagai seorang saksi di hadapan Suruhanjaya, enggan mengangkat sumpah atau membuat suatu ikrar atau enggan atau selainnya gagal untuk menjawab apa-apa soalan yang diajukan kepada orang itu oleh Pesuruhjaya atau oleh mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk mengajukan soalan; (e) dengan sengaja mengancam atau menghina; (i) Pesuruhjaya atau pegawai lain Suruhanjaya; (ii) seorang peguambela dan peguamcara yang dilantik untuk membantu Suruhanjaya sebagai peguam; (iii) mana-mana saksi atau orang yang dipanggil supaya hadir di hadapan Suruhanjaya; atau (iv) seorang peguambela dan peguamcara atau mana-mana orang yang diberi kuasa untuk hadir di hadapan Suruhanjaya; (f) berkelakuan tidak senonoh di hadapan Suruhanjaya; (g) mengganggu prosiding Suruhanjaya; (h) menghalang atau membuat percubaan untuk menghalang Suruhanjaya, Pesuruhjaya atau seseorang yang bertindak dengan kuasa Suruhanjaya atau Pesuruhjaya dalam menjalankan mana-mana fungsi sahnya; (i) melakukan apa-apa perkara lain yang, jika Suruhanjaya merupakan sebuah mahkamah undang-undang yang mempunyai kuasa untuk memenjarakan kerana penghinaan, merupakan suatu penghinaan terhadap mahkamah itu; (j) menyiarkan, atau memberi kebenaran atau membenarkan supaya disiarkan, apa-apa keterangan yang diberi di hadapan Suruhanjaya atau mana-mana kandungan sesuatu dokumen yang dikemukakan semasa perbicaraan yang Suruhanjaya memerintahkannya supaya jangan disiarkan; atau (k) menyiarkan, atau memberi kebenaran atau membenarkan supaya disiarkan, apa-apa dokumen yang diberi di hadapan Suruhanjaya semasa sesuatu perbicaraan diadakan secara tertutup atau mana-mana kandungan suatu dokumen yang dikemukakan semasa perbicaraan yang diadakan secara tertutup, melainkan kepada seseorang pegawai Suruhanjaya atau seperti yang diberi kebenaran oleh Suruhanjaya atau oleh peraturan, melakukan suatu penghinaan. (2) Perenggan 1(k) tidak terpakai bagi seseorang pegawai Suruhanjaya. Hukuman kerana melakukan penghinaan 93. (1) Mana-mana orang yang melakukan suatu perbuatan penghinaan seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 92 terhadap Pesuruhjaya atau mana-mana antara mereka atau pegawai Suruhanjaya melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali. Cara menangani penghinaan 94, (1) Jika sesuata perbuatan penghinaan dilakukan di hadapan Pesuruhjaya yang bersidang dalam Suruhanjaya, Pesuruhjaya boleh, selepas mendengar pesalah itu dalam membuat pembelaan, menjatuhkan hukuman ke atas beliau dengan serta-merta mengikut seksyen 93. (2) Dalam mana-mana kes lain Pesuruhjaya boleh memanggil pesalah supaya hadir di hadapan mereka pada masa dan ditempat yang ditentukan dalam saman itu, bagi menunjuk sebab mengapa beliau tidak boleh dihukum kerana melakukan suatu perbuatan penghinaan dan diurus mengikut seksyen 93, (3) Jika mana-mana orang yang dipanggil mengikut subseksyen (2) itu gagal hadir pada masa dan di tempat yang ditetapkan dalam saman itu, Pesuruhjaya boleh mengeluarkan suatu waran memaksa kehadiran orang sedemikian. BAHAGIAN XIII PERUNTUKAN AM DAN PERALIHAN Fungsi Suruhanjaya apabila membabitkan seseorang pegawai atau pekerja sebuah badan awam atau pihak berkuasa berkanun 95. (1) Suruhanjaya tidak boleh menyiasat atau selainnya berurusan dengan sesuatu perkara membabitkan perlakuan seseorang pekerja sesebuah badan awam atau pihak berkuasa berkanun jika perkara itu tidak turut membabitkan perlakuan pegawai polis. (2) Suruhanjaya boleh menyiasat dan selainnya berurusan dengan sesuatu perkara yang membabitkan perlakuan seseorang pekerja sesebuah badan awam atau pihak berkuasa berkanun, dengan syarat ia dilakukan dalam konteks perkara-perkara yang turut membabitkan pegawai polis. Aduan oleh pegawai atau pekerja sesebuah badan awam atau pihak berkuasa berkanun 96. (1) Seseorang pegawai atau pekerja sesebuah badan awam atau pihak berkuasa berkanun boleh mengadu kepada Suruhanjaya (secara lisan atau secara bertulis) tentang perlakuan seseorang pegawai polis. (2) Dalam seksyen ini: "perlakuan" termasuklah perlakuan dengan cara bertindak atau tidak bertindak atau kerana dakwaan bertindak atau tidak bertindak. Perlindungan daripada liabiliti 97. (1) Sesuatu perkara atau benda yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan oleh Suruhanjaya, Pesuruhjaya, atau mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan Suruhanjaya, atau Pesuruhjaya, jika perkara atau benda itu dilakukan dengan suci hati bagi tujuan melaksanakan Akta ini atau mana-mana Akta lain, menjadikan Pesuruhjaya, atau seseorang yang bertindak demikian secara peribadi terhadap manamana tindakan, liabiliti, tuntutan atau tuntutan desak. (2) Seseorang peguambela dan peguamcara yang membantu Suruhanjaya atau wakil seseorang di hadapan Suruhanjaya mempunyai perlindungan dan kekebalan yang sama seperti halnya seorang peguamcara dan peguambela yang hadir untuk sesuatu pihak dalam prosiding dalam Mahkamah. (3) Tertakluk kepada Akta ini, seseorang yang dipanggil supaya menghadirkan diri atau yang hadir di hadapan Suruhanjaya sebagai seorang saksi, atau supaya mengemukakan sesuatu dokumen atau benda lain kepada Suruhanjaya, mempunyai perlindungan yang sama sebagai seorang saksi dalam prosiding dalam mahkamah. (4) Tidak ada liabiliti jenayah atau sivil (selain Akta ini) boleh dikenakan kepada seseorang kerana ketidakpatuhan, atau kononnya tidak mematuhi dengan suci hati dengan apa-apa syarat yang dibuat di bawah Akta ini; khususnya, jika seseorang itu memberi apa-apa pernyataan maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain di bawah seksyen 23 dan 24, tidak ada liabiliti sivil yang boleh dikenakan pada orang itu kerana berbuat demikian, sama ada liabiliti itu akan timbul di bawah suatu kontrak atau selainnya. Penyampaian dokumen 98. Bagi tujuan Akta ini penyampaian sesuatu dokumen kepada seseorang boleh dikuatkuasakan: (a) kepada seorang itu: (i) dengan menghantar serahnya secara ke diri kepada orang itu; atau (ii) dengan meninggalkannya di, atau dengan mengirimkannya dengan pos prabayar ke alamat kediaman atau ke alamat perniagaan orang itu yang akhir sekali diketahui oleh orang yang menyampaikan dokumen berkenaan; atau (iii) kepada sebuah badan korporat -- dengan meninggalkannya di, atau dengan mengirimkannya menggunakan pos prabayar ke, ibu pejabat, sebuah pejabat berdaftar atau sebuah pejabat utama badan korporat berkenaan, atau penyampaian dengan cara lain yang boleh dikuatkuasakan kalaulah seksyen ini tidak diperbuat. Penalti bagi kesalahan yang dilakukan oleh perbadanan 99. Jika sesebuah badan korporat itu disabitkan dengan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau peraturan (melainkan setakat peruntukan lain yang dibuat oleh seksyen 99) badan korporat itu boleh dikenakan penalti maksimum dua kali ganda penalti wang yang terpakai bagi sesuatu kesalahan itu, Prosiding bagi kesalahan 100. (1) Walau apa pun yang diperuntukkan dalam Bahagian XXXVI Kanun Prosedur Jenayah, Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil, mengendali atau menghentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan yang dimulakan olehnya. (2) Melainkan jika diperuntukkan dengan nyata selainnya oleh Akta ini, prosiding bagi sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau peraturan hendaklah ditangani secara terus di hadapan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang sewajarnya. Penjalanan fungsi oleh Pegawai Polis 101. (1) Seseorang pegawai polis tidak boleh menjalankan fungsi siasatan, pengawasan atau penguatkuasaan di bawah atau bagi tujuan Akta ini kecuali diberi kuasa dengan nyata supaya berbuat demikian oleh Suruhanjaya. Peraturan 102. (1) Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Perdana Menteri, membuat peraturan tertentu sebagaimana yang difikirkan manfaat atau perlu bagi menjalankan peruntukan Akta ini dengan lebih baik lagi. (2) Tanpa menjejaskan peruntukan subseksyen (1) peraturan boleh dibuat bagi semua atau apa-apa tujuan yang berikut: (a) pelantikan, syarat penggajian, tatatertib, kod tingkah laku dan penamatan penggajian kakitangan Suruhanjaya; (b) pemeriksaan keselamatan pegawai Suruhanjaya dan pemohon untuk lantikan atau untuk diambil berkhidmat sebagai pegawai Suruhanjaya; (c) penyampaian sesuatu notis kepada seseorang penghuni yang premisnya termasuk di bawah suatu waran geledah; (d) pengeluaran kad pengenalan diri kepada pegawai Suruhanjaya dan kegunaannya; (e) kegunaan dan penjagaan mohor Suruhanjaya; (f) memperuntukkan secara am bagi pelaksanaan fungsi, perjalanan kuasa dan pelaksanaan kewajipan Suruhanjaya di bawah peruntukan Akta ini. (3) Peraturan di bawah seksyen ini:- (a) boleh memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau ketertinggalan yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan sedemikian hendaklah menjadi suatu kesalahan; (b) boleh memperuntukkan bagi pengenaan denda bagi kesalahan sedemikian atau boleh membenarkan kesalahan sedemikian dikompaun. Kesinambungan dengan Suruhanjaya Diraja Polis 103. (1) Suruhanjaya boleh menjalankan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini berhubung dengan apa-apa yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh, kepada atau berhubung dengan Suruhanjaya Diraja Polis. (2) Tanpa membatasi subseksyen (1) atau mana-mana kuasa lain Suruhanjaya, Suruhanjaya boleh meneruskan mana-mana siasatan atau perkara lain yang dimulakan tetapi tidak diselesaikan oleh Suruhanjaya Diraja Polis, dan boleh bagi tujuan ini menerima pakai mana-mana keterangan yang diambil atau penilaian yang dibuat oleh, Suruhanjaya Diraja Polis. (3) Sejajar dengan itu, Akta ini mempunyai kuat kuasa, bagi tujuan fasal ini, dengan apa-apa adaptasi yang perlu dan dengan modifikasi yang perlu sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan yang dibuat di bawah Akta ini (4) Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merangka, meminta atau memansuhkan mana-mana perundangan seperti yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja PDRM, Rekod Suruhanjaya Diraja Polis 104. (1) Dalam seksyen ini: "penyebaran" rekod termasuklah secara kekal berpisah dengan milikan rekod itu sendiri atau mana-mana bahagian daripadanya; "milikan" termasuk penjagaan atau kawalan; "rekod" termasuk apa-apa dokumen atau benda (termasuklah pita video, pita audio, cakera komputer, pita komputer, program komputer, atau bahan elektronik lain), dan termasuk apa-apa maklumat yang terkandung di dalam atau di atasnya; "rekod yang dipindahkan" ertinya apa-apa rekod Suruhanjaya Diraja Polis yang berada dalam milikan Pesuruhjaya Suruhanjaya Diraja Polis atau mana-mana pegawai Suruhanjaya Diraja Polis dan yang sampai, sama ada sebelum atau selepas mula berkuat kuasanya fasal ini, ke dalam milikan Suruhanjaya, tetapi tidak termasuk sesuatu rekod atau kelas rekod yang ditetapkan oleh peraturan sebagai tidak termasuk ke dalam fasal ini. (2) Sesuatu rekod yang dipindahkan itu dikira pada sepanjang masa dan untuk semua tujuan sebagai sampai secara sah ke dalam milikan Suruhanjaya, dan milikan rekod oleh Suruhanjaya itu dikira bahawa semua tujuan adalah sah. (3) Tidak ada liabiliti sivil atau jenayah yang boleh dikenakan kepada, atau dikira boleh dikenakan kepada, mana-mana orang yang berhubung dengannya apa-apa perbuatan atau keterfinggalan yang terbabit dalam memberi kepada Suruhanjaya, atau penerimaan oleh Suruhanjaya, sesuatu rekod yang dipindahkan itu. (4) Tidak ada apa-apa di dalam seksyen ini yang menghalang sesuatu rekod yang dipindahkan ltu daripada dilupuskan atau selainnya ditangani dengan apa-apa jua cara yang ada kalaulah seksyen, ini tidak lagi diperbuat. JADUAL PERTAMA (Seksyen 5) Peruntukan berkaitan dengan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Pesuruhjaya Kelayakan untuk lantikan 1. (1) Seseorang itu tidak layak untuk dilantik sebagai Pengerusi atau Timbalan Pengerusi Suruhanjaya kecuali orang itu mempunyai pengalaman selama 10 tahun sebelum perlantikannya, sebagai Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah atau manamana Pegawai Kehakiman dan Perundangan Persekutuan atau dari Perkhidmatan Undang-Undang Negeri atau mereka yang berkhidmat sebahagiannya dalam mana-mana perkhidmatan ini. (2) Seseorang itu tidak layak untuk dilantik sebagai Pesuruhjaya atau untuk bertindak dalam jawatan berkenaan jika orang itu merupakan seorang Ahli Parlimen atau seorang ahli Dewan Undangan Negeri mana-mana Negeri atau memegang atau pernah memegang jawatan sebagai seorang anggota dalam Pasukan. (3) Seorang Pesuruhjaya boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan surat dialamatkan kepada Perdana Menteri. (4) Seseorang Pesuruhjaya hendaklah, sebelum mengambil tugas dan tanggungjawab jawatannya itu, membuat dengan cara tertentu sebagaimana yang beliau isytiharkan sebagai yang paling mengikat rasa hatinya di hadapan Yang di-Pertuan Agong, suatu perisytiharan sebagaimana yang ditetapkan oleh Perdana Menteri. Asas jawatan 2. (1) Jawatan Pengerusi dan dua Timbalan Pengerusi dan Pesuruhjaya adalah jawatan sepenuh masa. (2) Pesuruhjaya selain daripada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah memegang jawatan untuk tempoh, terma dan syarat seperti yang ditetapkan dalam surat cara lantikan. Tempoh jawatan (1) Tertakluk kepada Jadual ini, seseorang Pesuruhjaya itu memegang jawatan untuk tempoh selama tidak melebihi 3 tahun sebagaimana yang ditentukpn dalam surat cara lantikan, tetapi layak untuk dilantik semula. (2) Seseorang itu tidak boleh memegang jawatan Pesuruhjaya lebih daripada dua penggal berturut-turut. (3) Pelantikan Pengerusi Suruhanjaya hendaklah untuk suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun tetapi beliau layak untuk dilantik semula pada penghujung tempoh jawatannya. Saraan 4. (1) Perdana Menteri boleh menentukan amaun tertentu sebagaimana yang difikirkannya patut untuk bayaran apa-apa saraan, pencen, elaun atau gratuiti kepada atau berhubung dengan Pengerusi dan kedua-dua Timbalan Pengerusi. (2) Jika seseorang Pesuruhjaya itu terhenti, selain kerana tamatnya tempoh beliau memang jawatan, daripada memegang jawatan sebagai Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau anggota Suruhanjaya, Perdana Menteri boleh mengarahkan Suruhanjaya membuat suatu bayaran kepada orang itu suatu amaun tertentu sebagaimana yang ditentukan oleh Perdana Menteri. (3) Seseorang itu hendaklah memegang jawatan sebagai seorang anggota biasa Suruhanjaya mengikut terma pelantikannya. (4) Sesuatu pelantikan sebagai seorang anggota biasa boleh terhadap keanggotaan sepenuh masa atau sambilan dalam Suruhanjaya itu. (5) Seseorang Pesuruhjaya hendaklah dibayar elaun perjalanan dan elaun sara hidup sebagaimana yang ditentukan oleh Perdana Menteri dari semasa ke semasa. Pesuruhjaya hendaklah menumpukan masa kepada urusan Suruhanjaya 5. Setiap Persuruhjaya hendaklah menumpukan masa tertentu untuk urusan Suruhanjaya sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan tugasnya dengan berkesan. Kekosongan jawatan 6. (1) Jawatan Pesuruhjaya menjadi kosong apabila pemegang jawatan itu: (a) meninggal dunia; (b) melengkapkan penggal jawatan dan tidak dilantik semula; (c) meletakkan jawatan melalui surat cara bertulis dialamatkan kepada Perdana Menteri; (d) dicalonkan untuk dipilih sebagai seorang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri mana-mana Negeri; (e) menjadi seorang yang bankrap, memohon untuk mengambil manfaat apa-apa undang-undang untuk kelegaan si bankrap atau penghutang tak solven, mengkompaun dengan pemiutangnya atau membuat suatu serah hak saraannya bagai manfaat mereka; (f) menjadi orang yang tidak berupaya dari segi mental atau selainnya tidak berupaya untuk menjalankan tugas-tugasnya; (g) disabitkan atas - (i) suatu kesalahan membabitkan fraud, ketidakjujuran atau kekejian moral; (ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang berkaitan rasuah; atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum penjara (kerana kesalahan itu sendiri atau sebagai tambahan atau sebagai ganti kepada denda) selama lebih daripada tiga bulan; (h) tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat Suruhanjaya selama tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi; atau (i) disingkirkan daripada jawatan di bawah subfasal (2). (2) Seseorang Pesuruhjaya hendaklah, dalam tempoh lantikannya itu seperti yang dinyatakan dalam surat cara lantikan, memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri. Mengisi kekosongan 7. Jika mana-mana orang terhenti daripada menjadi anggota Suruhanjaya dengan sebab mana-mana peruntukan Akta ini, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik orang lain untuk mengisi kekosongan itu. Mesyuarat 8. (1) Suruhanjaya hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam setiap bulan pada masa tertentu dan di tempat tertentu sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengerusi. (2) Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Suruhanjaya. (3) Kuorum Suruhanjaya ialah 4. (4) Setiap anggota Suruhanjaya yang hadir hendaklah berhak mendapat satu undi. (5) Jika mengenai sesuatu persoalan yang perlu diputuskan oleh Suruhanjaya terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah memiliki undi pemutus. (6) Suruhanjaya boleh mempelawa mana-mana orang lain supaya menghadiri manamana mesyuarat atau perbincangan Suruhanjaya bagi tujuan menasihati mereka mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak mempunyai hak untuk mengundi dalam mesyuarat atau perbincangan itu. Mohor rasmi 9. (1) Suruhanjaya hendaklah memiliki suatu mohor rasmi yang hendaklah menggunakan peranti tertentu sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya dan mohor sedemikian boleh dipatahkan, ditukar, diubah atau dibuat yang baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya. (2) Sehinggalah suatu mohor disediakan oleh Suruhal1jaya, suatu cop dengan perkataan "Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis" bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai mohor rasmi Suruhanjaya. (3) Mohor rasmi itu hendaklah disimpan dalam jagaan Setiausaha Suruhanjaya atau oleh orang lain tertentu sebagaimana yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya dan pengesahannya hendaklah dibuat oleh Setiausaha atau oleh orang lain yang diberi kuasa atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis sama ada oleh Setiausaha atau Pengerusi; dan semua surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang dimaksudkan hendak dimeterai dengan mohor itu, yang disahkan seperti yang ditentukan dalam subperenggan ini, hendaklah, kecuali dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah. (4) Dengan tiodk rlenyentuh peruntuKan subperenggan (3), mana-mana dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan sebuah badan korporat tidak akan diperlukan atau dibubuh mohor boleh dengan cara yang sama disempurnakan oleh Suruhanjaya dan apa-apa dokumen atau surat cara sedemikian boleh disempurnakan bagi pihak Suruhanjaya oleh mana-mana pegawai atau pengkhidmat Suruhanjaya, (5) Mohor rasmi Suruhanjaya hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman. Mendedahkan kepentingan 10. Seseorang Pesuruhjaya yang memiliki, secara langsung atau tidak langsung, sama ada beliau sendiri atau suami/isterinya, apa-apa kepentingan dalam mana-mana prosiding atau siasatan di hadapan Suruhanjaya hendaklah mendedahkan kepada Suruhanjaya fakta dan jenis kepentingan beliau dan pendedahan sedemikian hendaklah direkodkan dalam minit atau nota prosiding Suruhanjaya itu dan, kecuali secara khusus dibenarkan oleh Pengerusi, Pesuruhjaya sedemikian tidak boleh mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan, pembicaraan atau keputusan Suruhanjaya itu yang berkaitan dengan perkara berkenaan. Nota prosiding dan minit 11. (1) Suruhanjaya hendaklah menyebabkan nota prosiding semua siasatan dan minit semua mesyuaratnya dipelihara dan disimpan dalam suatu bentuk yang sepatutnya. (2) Mana-mana nota prosiding atau minit yang dibuat berhubung dengan sesuatu mesyuarat Suruhanjaya hendaklah, jika telah ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima dalam keterangan dalam prosiding undang-undang tanpa perlu pada pembuktian lanjut. (3) Setiap mesyuarat Suruhanjaya berhubung dengan prosiding yang berkenaan dengannya notis prosiding atau mesyuarat dibuat mengikut subperenggan (1) dan (2) hendaklah disifatkan telah diadakan dan dilangsungkan dengan sewajarnya dan semua Pesuruhjaya yang berada di situ adalah layak untuk bertindak. Kesahan perbuatan dan prosiding 12. Tidak ada apa-apa perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini yang boleh dipersoalkan atau menjadi tidak sah atas alasan - (a) apa-apa kekosongan keanggotaan, atau apa-apa kecacatan pembentukan Suruhanjaya; atau (b) apa-apa ketertinggalan, kecacatan atau luar aturan yang tidak menjejaskan merit kes. Prosidur 13. Tertakluk kepada Akta ini, Suruhanjaya hendaklah menentukan prosidurnya sendiri. JADUAL KEDUA (SEKSYEN 13) Fungsi Lain Suruhanjaya Fungsi-fungsi Suruhanjaya termasuklah yang berikut - (a) untuk menghimpun keterangan yang boleh diterima masuk dalam pendakwaan seseorang kerana sesuatu kesalahan jenayah dan untuk menjalankan pendakwaan sedemikian; (b) untuk mengumpul dan menghimpun keterangan yang boleh digunakan dalam siasatan sesuatu aduan polis; (c) untuk menerima dan menilai semua perkara yang belum dilengkapkan oleh Suruhanjaya Diraja Polis, untuk melayani apa-apa siasatan atau penilaian Suruhanjaya Diraja Polis sebagai siasatan dan penilaiannya sendiri, untuk memulakan atau menyambung siasatan apa-apa perkara tertentu jika sesuai, dan selainnya untuk menangani perkara-perkara itu di bawah Akta ini, dan untuk menangani rekod-rekod Suruhanjaya Diraja Polis seperti yang diperuntukkan oleh Akta ini; (d) untuk menghimpun keterangan yang boleh diterima dalam prosiding tatatertib seseorang pegawai polis di hadapan Pihak Berkuasa Tatatertib; (e) untuk menyediakan keterangan yapg diperolehi dalam perjalanan siasatan yang merupakan keterangan yang boleh diterima dalam pendakwaan terhadap seseorang selain seorang pegawai polis, bagi suatu kesalahan jenayah atau kesalahan tatatertib kepada Pendakwa Raya atau kepada pihak berkuasa berkaitan; (f) untuk mengusahakan siasatan atau pengauditan apa-apa aspek aktiviti polis bagi tujuan menentukan sama ada berlakunya salah laku polis atau apa-apa hal keadaan yang boleh jadi kondusif untuk berlakunya salah laku polis, khususnya, untuk memantau kualiti pengurusan siasatan yang dikendalikan dalam Pasukan dan untuk mengusahakan pengauditan siasatan tersebut; (g) untuk membuat syor membabitkan rasuah polis, program pendidikan, program pencegahan rasuah polis, dan program-program yang seumpamanya, yang dikendalikan dalam Pasukan atau oleh Badan Pencegah Rasuah; (h) untuk menasihati polis dan pihak-pihak berkuasa lain tentang cara bagaimana salah laku polis boleh dibasmi; dan (i) untuk memantau dan melaporkan perlakuan dan keberkesanan pengauditan dalaman Pasukan.